awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja tembak ibu sendiri sebelum bunuh 2 anggota polis

Astro Awani
Astro Awani
17/03/2023
11:39 MYT
Remaja tembak ibu sendiri sebelum bunuh 2 anggota polis
Polis menyiasat lokasi kejadian di mana dua anggota ditembak mati seorang remaja yang sebelum itu menembak ibunya sendiri. -Gambar fail/AP
EDMONTON: Seorang remaja 16 tahun dilapor menembak ibunya sebelum membunuh dua anggota polis yang tiba di kediaman mereka.
Menurut Ketua Polis Edmonton, Dale McFee, kedua-dua anggota polis itu ditembak ketika mereka tiba di sebuah bangunan pangsapuri selepas menerima panggilan berhubung pertelingkahan domestik pada jam 12.47 tengah malam, awal Khamis.
Pasukan polis yang dikerah ke apartmen itu kemudian menemukan mayat suspek remaja itu dengan kesan tembakan yang dipercayai dilakukannya sendiri.
Suspek tidak dinamakan kerana masih berada di bawah umur.
Ibu suspek dilapor dalam keadaan kritikal ketika dibawa ke hospital namun kini berada dalam keadaan stabil.
Anggota polis yang terkorban dikenal pasti sebagai Travis Jordan, 35, yang telah berkhidmat dengan pasukan Edmonton selama lebih 8 tahun, dan Brett Ryan, 30, yang berkhidmat lebih 5 tahun.
"Ini adalah hari yang sangat tragis bagi Perkhidmatan Polis Edmonton dan bandar ini.
"Anggota polis ini berkorban nyawa ketika cuba melindungi komuniti di sini.
"Pengorbanan mereka tidak akan dilupakan," kata McFee dalam satu kenyataan.
Tiada kenyataan lanjut berhubung tindakan dilakukan suspek dan polis masih menyiasat punca kejadian.
Topic Berkaitan
#tembak ibu
#bunuh polis
#Travis Jordan
#Brett Ryan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan