Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 22, 2023 15:55 MYT
Mac 22, 2023 15:55 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Mac 2023.
Sri Lanka sedia memulakan rundingan penstrukturan semula hutang dengan pemiutang swasta.
Gempa bumi bermagnitud 5.6 melanda 118 kilometer (km) NE Miyako, Jepun pada 07:37:01 GMT, Rabu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin bersama-sama menandatangani Kenyataan Republik Rakyat China dan Persekutuan Rusia bagi Memperdalam Hubungan Perkongsian Strategik Komprehensif bagi Koordinasi pada Era Baharu, di Istana Kremlin, pada Selasa.
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata cadangan China untuk pendamaian dan menamatkan perang di Ukraine mempunyai asas, tetapi barat dan Ukraine sendiri belum bersedia.
Roger Ng, satu-satunya pegawai bank Goldman Sachs Group Inc. yang diadili dan dihukum dalam skandal global 1MDB, memohon kepada hakim untuk membenarkan dia menjalani hukuman penjara 10 tahun di Danbury, Connecticut - di mana pengasas hotel Leona Helmsley dipenjara atas kes penipuan cukai pada awal tahun 1990an.
Ribuan pekerja Kesatuan Sekolah Los Angeles, Amerika Syarikat, melakukan mogok pada Selasa lepas susulan rundingan kontrak yang terbengkalai.
Pilihan Raya Parlimen Greece akan diadakan pada Mei, kata Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis dalam temu bual dengan Alpha TV pada petang Selasa.
Amerika Syarikat (AS) menyelar kenyataan Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich yang seolah-olah cuba menafikan kewujudan rakyat Palestin dan menyifatkan kenyataan itu "tidak tepat" dan "berbahaya."
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan, kesediaan dua masjid agung umnat Islam sedia menerima kehadiran jutaan jemaah dan pengunjung untuk menunaikan ibadah umrah sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Mahkamah Agung Arab Saudi mengumumkan bahawa hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023) selepas anak bulan tidak kelihatan pada Selasa.