awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
Sindiket dadah helium-MDMA ditumpaskan, empat ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi sedia terima jutaan jemaah umrah sepanjang Ramadan

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2023
05:23 MYT
Arab Saudi sedia terima jutaan jemaah umrah sepanjang Ramadan
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan, kesediaan dua masjid agung umnat Islam sedia menerima kehadiran jutaan jemaah dan pengunjung untuk menunaikan ibadah umrah sepanjang bulan Ramadan tahun ini. - Gambar fail
KERAJAAN Arab Saudi mengumumkan, kesediaan dua masjid agung umnat Islam sedia menerima kehadiran jutaan jemaah dan pengunjung untuk menunaikan ibadah umrah sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Menurut Imam Masjidil Haram yang juga Presiden Umum Urusan dua masjid suci di Arab Saudi, Sheikh Abdulrahman bin Abdulaziz Al-Sudais, kesemua urusan perkhidmatan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah bersedia sepenuhnya menerima kunjungan jemaah dari seluruh dunia.
Segala persiapan termasuk penyelenggaraan tangga elektrik, lif, sistem audio serta kesemua aspek teknikal, kejuruteraan, perkhidmatan, kesedaran serta bimbingan juga telah diberi tumpuan sepenuhnya, kata Sheikh Abdulrahman.
Beliau turut memnberitahu, tenaga-tenaga pakar dalam setiap bidang akan melakukan pemantauan secara berterusan untuk memastikan setiap fungsi berjalan baik selain penggunaan teknologi tertinggi diaplikasikan dalam usaha memastikan segala urusan berjalan lancar.
Sejak awal bulan lalu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi membuka permohonan permit untuk mengerjakan ibadah umrah sepanjang Ramadan 1444H.
Kementerian itu menerusi kenyataan dimuat naik di laman Twitter rasminya berkata, permohonan itu terbuka kepada semua warga Saudi dan warga asing dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Kerajaan Arab Saudi menegaskan, permit umrah bagi warga asing sah laku sehingga 90 hari, di samping mengingatkan para jemaah agar tidak tinggal di negara itu melebihi tempoh berkenaan.
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Puasa 2023
#umrah Ramadan
#Masjidil Haram
#Masjid Nabawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan