DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Mac 2023.
Penceramah bebas Zakir Naik dijangka kembali ke Malaysia selepas menghadiri beberapa program di Oman.
Lebih 180 pelarian Rohingya mendarat di Aceh
2. Lebih 180 orang pelarian Rohingya mendarat di Aceh, Indonesia pada Isnin (27 Mac), dalam perkembangan terbaru selepas ratusan yang lain melarikan diri dengan bot susulan keadaan terdesak di Myanmar dan kem di Bangladesh.
Anggota tentera Myanmar berarak di ibu negara pada Isnin sempena sambutan Hari Angkatan Tentera yang juga menandakan pertahanan negara terhadap penjajah Jepun pada tahun 1945.
Protes besar-besaran tercetus di serata Israel selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengumumkan pemecatan Menteri Pertahanan Yoav Gallant.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memecat Menteri Pertahanan Yoav Gallant selepas beliau menggesa kerajaan menghentikan reformasi kehakiman yang mencetuskan kontroversi dan bantahan di seluruh negara.
Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad menandatangani perjanjian kastam untuk meningkatkan hubungan perniagaan, perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua pihak.
Sekurang-kurangnya 24 puting beliung dilaporkan melanda Mississippi sejak Jumaat.
Pyongyang pada pagi Isnin melancarkan dua peluru berpandu balistik dari pantai barat, sebelum mendarat di luar zon ekonomi eksklusif Jepun, menurut Kementerian Pertahanan Jepun.
Moscow tidak akan menarik diri dari Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) walaupun terdapat beberapa negara cuba menyingkirkan Rusia daripada organisasi itu, dakwa ketua Kementerian Luar Rusia, jabatan kerjasama ekonomi, Dmitry Birichevsky dalam temu bual dengan Sputnik.
Penyedia perkhidmatan kewangan Australia Latitude pada Isnin mengesahkan bahawa kira-kira 14 juta butiran peribadi telah dicuri dalam insiden penggodaman yang menyasarkan syarikat itu baru-baru ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami