awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
30/03/2023
15:49 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Mac 2023.
1. Lawatan rasmi: PM Anwar tiba di Beijing
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Beijing, bagi meneruskan lawatan rasmi empat hari beliau ke China.
2. Malaysia beri keutamaan kepada China kerana 'ekonomi raksasa' - PM Anwar
Malaysia memberikan keutamaan kepada hubungan dua hala dengan China kerana kedudukan ekonomi negara itu yang disifatkan sebagai ‘raksasa’ di dunia.
3. 2 helikopter Blackhawk terhempas ketika latihan
Dua helikopter Blackhawk milik angkatan tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas semasa misi latihan rutin di Kentucky pada petang Rabu.
4. Pengundi Thailand di luar negara mula mengundi mulai 24 April - 5 Mei
Pengundi Thailand di luar negara akan mengundi awal pada 24 April hingga 5 Mei bagi Pilihan Raya Umum yang akan berlangsung pada 7 Mei, kata Timbalan Ketua Pengarah Hal Ehwal Konsular Kementerian Luar Thailand Narong Boonsatheanwong.
5. Shahbaz Sharif sambut baik keputusan EU keluarkan Pakistan daripada senarai negara berisiko tinggi
Perdana Menteri Pakistan Shahbaz Sharif pada Rabu menyambut baik keputusan Kesatuan Eropah (EU) mengeluarkan negara itu daripada senarai negara ketiga berisiko tinggi dan berharap perkembangan penting itu akan membawa manfaat kepada negara dan rakyatnya.
6. Netanyahu nafi hubungan Israel-AS tegang
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Rabu menafikan hubungan negaranya dengan Amerika Syarikat (AS) tegang, malah menegaskan bahawa pakatan kedua-dua negara "tidak goyah".
7. Malaysia, Vietnam rai ulang tahun ke-50 hubungan dua hala, prospek masa depan lebih cerah
Khamis 30 Mac 2023, menandakan peristiwa bersejarah bagi Malaysia dan Vietnam apabila kedua-dua negara Asia Tenggara itu menyambut ulang tahun ke-50 hubungan dua hala mereka.
8. Perdana Menteri Singapura suarakan kebimbangan terhadap hubungan China-AS
Hubungan semasa antara Amerika Syarikat dan China membimbangkan negara lain kerana sebarang pertembungan antara kedua-dua pihak itu akan mendatangkan kesan buruk kepada dunia, kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Khamis.
9. 10 maut, 7 hilang dalam kebakaran feri di Filipina
Sekurang-kurangnya 10 penumpang maut apabila feri yang membawa lebih 200 orang terbakar di selatan Filipina lewat malam Rabu, kata seorang pegawai tempatan pada Khamis.
10. Pihak berkuasa Jawa Barat mulakan suntikan polio untuk 4 juta kanak-kanak
Kerajaan wilayah Jawa Barat akan memulakan kempen vaksinasi polio pada 3 April selepas pihak berkuasa mengesahkan seorang kanak-kanak di daerah Purwakarta dijangkiti penyakit itu.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita antarabangsa
#berita luar negara
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan