awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netanyahu nafi hubungan Israel-AS tegang

Bernama
Bernama
30/03/2023
07:50 MYT
Netanyahu nafi hubungan Israel-AS tegang
NETANYAHU: Israel dan AS memang ada perbezaan pendapat sekali-sekala, namun saya mahu memberi jaminan bahawa pakatan antara demokrasi terbesar dunia dan demokrasi yang kuat dan bebas, Israel, di Asia Barat tidak tergoyah. -Gambar fail/AP
BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Rabu menafikan hubungan negaranya dengan Amerika Syarikat (AS) tegang, malah menegaskan bahawa pakatan kedua-dua negara "tidak goyah".
"Israel dan AS memang ada perbezaan pendapat sekali-sekala, namun saya mahu memberi jaminan bahawa pakatan antara demokrasi terbesar dunia dan demokrasi yang kuat dan bebas, Israel, di Asia Barat tidak tergoyah.
"Tiada apa yang boleh mengubahnya," Anadolu Agency (AA) memetik Netanyahu dalam ucapannya di Sidang Kemuncak Demokrasi Jabatan Negara AS.
Beliau berkata Presiden AS Joe Biden merupakan rakannya selama 40 tahun.
Kenyataan Netanyahu dibuat semasa berlaku ketegangan dalam hubungan Israel-AS berhubung rombakan sistem kehakiman yang dicadangkan oleh kerajaan Israel, yang mencetuskan protes besar-besaran di Israel sejak beberapa minggu lalu.
Presiden AS Joe Biden berkata beliau tidak akan menerima Netanyahu di Rumah Putih sebagai tanda protes AS terhadap cadangan pembaharuan sistem kehakiman itu.
Pada Isnin, Netanyahu tunduk terhadap tekanan dan mengumumkan penangguhan sementara rancangan pembaharuan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Benjamin Netanyahu
#Joe Biden
#hubungan Israel-AS tegang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan