Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 April 2023.
Korea Utara pada Jumaat berkata peluru berpandu yang digunakan dalam pelancarannya baru-baru ini merupakan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) baharunya "Hwasong-18", dengan pemimpinnya Kim Jong Un mendakwa pelancaran itu meningkatkan dengan ketara kemampuan serangan balas nuklearnya.
2. Sebahagian besar rangka helikopter Jepun yang hilang ditemukan
Sebahagian besar rangka helikopter Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun (GSDF) yang hilang di wilayah selatan Okinawa ditemukan pada Khamis, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Presiden Iran Ebrahim Raisi buat pertama kalinya dalam sejarah negara itu akan berucap kepada rakyat Palestin, lapor Sputnik yang memetik laporan portal berita Al-Resalah pada Khamis yang memetik sumber.
Sebanyak 28 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum ditujukan kepada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan mendesak negara itu agar tidak menyokong pengepungan dan pencerobohan Israel ke atas Gaza dan Al-Aqsa.
Pemimpin Eropah semakin menyokong desakan Presiden Perancis Emmanuel Macron supaya menjauhi "autonomi strategik" Amerika Syarikat (AS), kata presiden Majlis Eropah Charles Michel pada Khamis.
Pembangunan enjin pesawat berkuasa elektrik pertama untuk digunakan dalam pesawat penumpang dan kenderaan udara tanpa pemandu telah bermula di Rusia, kata biro kejuruteraan penerbangan Rusia Ecolibri kepada Sputnik.
Langkah ini menandakan kali pertama sejak pertengahan tahun 1990-an moskow akan menempatkan senjata sedemikian di luar negara.
Presiden Serbia Aleksandar Vucic berkata negaranya tidak menjual senjata kepada Ukraine dan tidak akan berbuat demikian sama sekali, selepas laporan Pentagon yang bocor mengatakan Belgrade bersetuju untuk memberikan senjata kepada Kyiv.
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tampil di pejabat Peguam Negara New York untuk menjawab pertuduhan mengenai dakwaan amalan salah guna syarikatnya.
Jumlah jangkitan COVID-19 meningkat hampir 481 peratus di Asia Tenggara dan 144 peratus di Wilayah Mediterranean Timur dalam tempoh sebulan, namun kes di peringkat global dan kematian berkaitan COVID-19 semakin berkurangan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporan bulanan pada Khamis.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

