Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 Mei 2023.

1. Pemimpin pembangkang Greece mengaku kalah dalam pilihan raya

Pemimpin pembangkang Greece Alexis Tsipras mengucap tahniah kepada Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis atas kemenangan parti New Democracy dalam pilihan raya parlimen pada Ahad.

2. 2 terbunuh pesawat kecil ke Hawaii terhempas di pantai California

Sebuah pesawat kecil yang dipercayai dalam perjalanan ke Hawaii terhempas di pantai California, mengorbankan jurutebang dan pembantunya.

3. Instagram alami masalah, gangguan global

Instagram mengalami gangguan global dengan lebih 50,000 pengguna melaporkan isu itu sejurus sebelum 11 malam Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).

4. Pendaki Australia maut di Gunung Everest - Laporan

Jurutera perlombongan Australia Jason Bernard Kennison, peserta ekspedisi ke Gunung Everest, meninggal dunia ketika dalam perjalanan turun.

5. PM Singapura, Lee Hsien Loong positif COVID-19

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, mengumumkan bahawa beliau telah diuji positif COVID-19 untuk kali pertama pada pagi Isnin.

6. Gempa bumi dengan 6.1 magnitud melanda Kepulauan Solomon - USGS

Pusat gempa dengan kedalaman 77.8 km dikesan pada 10.2728 darjah lintang selatan dan 161.4442 darjah bujur timur.

7. 'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'

"Gunung Everest semakin kehilangan salji dan bertukar menjadi lebih kering dan berbatu." Pendedahan itu dibuat pendaki Britain, Kenton Cool pada Sabtu yang melakukan pendakian kali ke-17 sekali gus mencipta rekod peribadi baru-baru ini.

8. China 'cancel' Uncle Roger

China bertindak tegas terhadap akaun milik pelawak kelahiran Malaysia, Nigel Ng atau lebih dikenali dengan nama Uncle Roger selepas dia mempersenda Beijing sebagai ‘negara pengintip’ dan dasar Satu Negara terhadap Taiwan.

9. 82 pegawai saman Ketua Polis Ghana kerana gagal naikkan pangkat

Kira-kira 82 pegawai menyaman Ketua Polis Negara (IGP), George Akuffo Dampare dan Perkhidmatan Polis Ghana kerana gagal menaikkan pangkat mereka walaupun layak.

10. Diaspora Turkiye di Malaysia mengundi dalam pilihan raya penentu

Diaspora Turkiye di Malaysia mula mengundi pada Sabtu untuk pusingan penentuan pemilihan presiden Turkiye yang menyaksikan persaingan antara penyandang presiden Recep Tayyip Erdogan dan pencabarnya Kemal Kilicdaroglu.