MOSCOW: Jurutera perlombongan Australia Jason Bernard Kennison, peserta ekspedisi ke Gunung Everest, meninggal dunia ketika dalam perjalanan turun dari puncak tertinggi dunia itu, lapor Sputnik yang memetik laporan media.
Kennison, 40, meninggal dunia di kawasan dipanggil Balkoni pada ketinggian melebihi 8,000 meter (26,200 kaki) pada Jumaat, lapor Himalayan Times, memetik pengarah urusan Asian Trekking, Dawa Steven Sherpa.
Selepas warga Australia itu mula berkelakuan tidak normal di Puncak Selatan, dua Sherpa membawanya ke Balkoni, di mana beliau rebah, kata laporan itu, sambil menambah bahawa mayatnya masih berada di lokasi.
Pada 2006, Kennison dilaporkan cedera parah dalam kemalangan jalan raya dan terpaksa menghabiskan masa bertahun-tahun dalam pemulihan sehingga perlu belajar cara berjalan. Lelaki itu mensasarkan untuk mengumpul dana untuk membantu orang ramai mengalami nasib sama sepertinya, kata akhbar itu.
Seorang lagi pendaki dari Malaysia, Awang Askandar Ampuan Yaacub meninggal dunia di Gunung Everest juga pada Jumaat, kata akhbar itu memetik pegawai.
Terdapat 10 kematian di Gunung Everest dalam tempoh beberapa bulan lalu dengan dua orang masih hilang.
Sekurang-kurangnya 300 orang maut ketika mendaki gunung tertinggi di dunia sejak permulaan rekod, dengan jumlah itu meningkat setiap tahun. Mayat kira-kira 200 orang pula tidak pernah dibawa turun dari Gunung Everest.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023
Kennison dilaporkan meninggal dunia di kawasan dipanggil Balkoni pada ketinggian melebihi 8,000 meter (26,200 kaki) pada Jumaat.- Fail/AP
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Pendaki Australia maut di Gunung Everest - Laporan
Jurutera perlombongan Australia Jason Bernard Kennison, peserta ekspedisi ke Gunung Everest, meninggal dunia ketika dalam perjalanan turun.