awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 terbunuh pesawat kecil ke Hawaii terhempas di pantai California

Bernama
Bernama
22/05/2023
07:02 MYT
2 terbunuh pesawat kecil ke Hawaii terhempas di pantai California
Pengawal Pantai AS mengesan pesawat itu tenggelam kira-kira 64 km dari San Francisco dengan juruterbang dan pembantu juruterbangnya maut. - Gambar hiasan/ Pixabay
WASHINGTON: Sebuah pesawat kecil yang dipercayai dalam perjalanan ke Hawaii terhempas di pantai California, mengorbankan jurutebang dan pembantunya.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat dalam satu kenyataan di Twitter pada Sabtu berkata agensi itu sedang menyiasat nahas pesawat Viking Air DHC-6-400 Twin Otter di Lautan Pasifik, kira-kira 64 km dari pantai Half Moon Bay.
Data penerbangan menunjukkan pesawat itu berlepas dari lapangan terbang Santa Rosa-Sonoma County sekitar 8 pagi dan terbang ke barat daya selama dua jam ke arah Honolulu sebelum membelok dengan juruterbang melaporkan kecemasan, lapor United Press International (UPI), memetik The Mercury News.
Tidak jelas sama ada pesawat itu merancang terbang ke Honolulu yang terletak lebih 3,851 km dari lapangan terbang itu.
Spesifikasi teknikal untuk Twin Otter menunjukkan pesawat itu mampu terbang pada jarak maksimum 1,814 km, kurang daripada separuh jarak ke Hawaii, kecuali jika pesawat itu mempunyai tangki jarak jauh.
Pengawal Pantai AS mengesan pesawat itu tenggelam kira-kira 64 km dari San Francisco dengan juruterbang dan pembantu juruterbangnya maut, lapor The Mercury News.
Tiada penumpang lain di atas pesawat itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#Amerika Syarikat
#Hawaii
#California
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan