awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
10/07/2023
15:56 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Julai 2023.
1. Sekurang-kurangnya 300 migran hilang di Lautan Atlantik
Tiga bot membawa lebih 300 migran dipercayai hilang di Lautan Atlantik, kata pegawai kumpulan bantuan pendatang, Walking Borders, pada Ahad.
2. 10 maut, 30 cedera bas terhumban ke dalam sungai di Sri Lanka
Sekurang-kurangnya 10 penumpang terbunuh dan lebih 30 cedera selepas bas yang dalam perjalanan dari Polonnaruwa yang terletak di wilayah tengah menuju ke Kaththankudy di timur Sri Lanka, terhumban ke dalam sungai, pada Ahad.
3. Iraq kekurangan 5,000 megawatt elektrik akibat pengurangan bekalan
Iraq mengalami kekurangan 5,000 megawatt elektrik akibat pengurangan bekalan gas yang disalurkan oleh Iran, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Iraq (INA) pada Ahad.
4. Zambry ketuai delegasi Malaysia ke AMM ke-56 di Indonesia bermula Selasa
Menteri Luar Negeri Datuk Seri Zambry Abd Kadir akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN ke-56 (AMM ke-56) dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan, dari Selasa hingga Jumaat ini (11-14 Julai) di Jakarta, Indonesia.
5. Gunung berapi Karangetang di Indonesia meletus
Gunung berapi Karangetang di Pulau Siau di luar pantai Sulawesi Utara Indonesia meletus pada pagi Isnin, menyaksikan pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada penduduk tempatan dan pelancong supaya menjauhi kawasan itu.
6. Biden tiba di London untuk menghadap Raja Charles III, bertemu Sunak
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tiba di United Kingdom (UK) pada Ahad untuk mengadakan perbincangan mengenai Ukraine dengan Perdana Menteri Rishi Sunak, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
7. Empat maut patah leher akibat cabaran 'bodoh' di TikTok
Cabaran TikTok lompat dari bot yang menjadi ikutan di Amerika Syarikat (AS) kini telah meragut empat nyawa di Alabama dalam tempoh enam bulan lalu.
8. Tiga kanak-kanak antara 6 maut ditikam dalam serangan di tadika China
Enam mangsa terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam kejadian serangan pisau di sebuah tadika di wilayah Guangdong, tenggara China.
9. Penutupan ruang udara Sudan dilanjutkan sehingga 31 Julai
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sudan melanjutkan penutupan ruang udara negara itu sehingga 31 Julai, menurut Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum.
10. Korea Utara kecam pelan AS mahu hantar kapal selam nuklear ke Korea Selatan
Korea Utara pada Isnin mengecam rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk menghantar kapal selam nuklear ke Korea Selatan dan memberi amaran ia "mungkin akan mencetuskan krisis konflik nuklear paling teruk", lapor Agensi Berita Yonhap melaporkan.
Topic Berkaitan
#migran
#Zambry Abdul Kadir
#Indonesia
#gunung berapi
#London
#Rishi Sunak
#Joe Biden
#TikTok
#Sudan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan