awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden tiba di London untuk menghadap Raja Charles III, bertemu Sunak

Bernama
Bernama
10/07/2023
06:48 MYT
Biden tiba di London untuk menghadap Raja Charles III, bertemu Sunak
Biden dijadual menghadap Raja Charles III di Istana Windsor untuk menghadiri jamuan teh dan mengadakan perbincangan mengenai krisis iklim. -Reuters
LONDON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tiba di United Kingdom (UK) pada Ahad untuk mengadakan perbincangan mengenai Ukraine dengan Perdana Menteri Rishi Sunak, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Beliau kemudian dijadual akan menghadap Raja Charles III di Istana Windsor untuk menghadiri jamuan teh dan mengadakan perbincangan mengenai krisis iklim.
Pertemuan dengan Sunak akan berlangsung di Downing Street pada Isnin.
Sebelum ini, Biden dilaporkan mempertahankan keputusannya untuk menghantar peluru berangkai ke Ukraine.
Sunak setakat ini belum memberikan sebarang respons terhadap keputusan Biden itu, namun tidak dapat dipastikan sama ada hal ini akan termasuk dalam agenda perbincangan.
Selain itu, Presiden berkemungkinan membangkitkan kebimbangannya mengenai cabaran pasca-Brexit, kata seorang pegawai AS.
Duta iklim khas Biden, John Kerry memberitahu BBC bahawa isu alam sekitar juga akan menjadi "komponen kritikal" perbincangan kedua-dua pemimpin itu.
Pada Selasa, Biden dan Sunak akan berada di Vilnius bagi menghadiri sidang kemuncak pemimpin NATO yang memberi tumpuan mengenai isu Ukraine dan usaha untuk menyertai pakatan pertahanan itu.
Walaupun semua sekutu bersetuju bahawa Ukraine tidak boleh menyertainya semasa perang, langkah itu dilihat akan menyebabkan Barat lebih banyak mencampuri konflik di negara itu dengan Rusia.
AS dianggap paling berhati-hati mengenai keahlian Ukraine.
Biden menggambarkan usaha Kyiv sebagai "terlalu awal", berlainan dengan Britain yang telah menunjukkan sokongan terhadap usaha Ukraine itu.
Selain itu, Biden djangka akan berdepan banyak soalan daripada sekutunya mengenai mengapa beliau menghantar bom berangkai ke Kyiv, memandangkan dua pertiga daripada ahli NATO telah menandatangani Konvensyen mengenai Bom Berangkai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#Raja Charles III
#Rishi Sunak
#Downing Street
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan