DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 11/08/2023 | 15:48 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 11 Ogos 2023.
1. Pilihan Raya Presiden Singapura 2023: Hari mengundi ditetapkan pada 1 September
Setakat ini, empat individu telah menyatakan hasrat mereka bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2023.
2. Wanita Norway, sherpa Nepal catat rekod terpantas daki 14 puncak tertinggi
Tenjen Lama Sherpa dan Kristin Harila mencapai rekod itu dua minggu lalu. Pendakian terbaharu mereka ialah K2 di Pakistan.
3. Pemerdagangan manusia terus beri cabaran utama - Menteri Luar Indonesia
Indonesia telah mengendalikan lebih 2,800 kes melibatkan rakyatnya yang menjadi mangsa skim sedemikian di negara jiran.
4. Bangladesh catat peningkatan tertinggi kes harian denggi dengan 2,959 kes
Sehingga 26 Ogos, 26,196 kes denggi dilaporkan selepas 43,854 orang dijangkiti penyakit itu pada Julai dan 364 kematian disahkan setakat ini.
5. Presiden Palestin, Ketua Hamas setuju segerakan penubuhan jawatankuasa bersama
Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan ketua biro politik Hamas Ismail Haniyeh pada Khamis bersetuju untuk menyegerakan penubuhan jawatankuasa bagi membincangkan prospek keamanan di Palestin.
6. 29 maut, 16 hilang dalam banjir besar di Hebei, China
Banjir di wilayah Hebei di utara China akibat hujan lebat baru-baru ini meragut nyawa 29 orang sehingga Khamis, manakala 16 lagi dilaporkan hilang, menurut pihak berkuasa tempatan pada Jumaat.
7. Seorang terbunuh, 80 cedera letupan di gudang piroteknik
Bilangan yang cerdera dalam letupan di sebuah loji di Sergiev Posad di Moscow pada Rabu, meningkat kepada 80 orang, termasuk 15 yang dirawat di hospital.
8. China serang kapal Filipina, tingkatkan ketegangan dengan AS
Pada Sabtu, kapal pengawal China menggunakan meriam air ke atas kapal Filipina, yang sedang dalam perjalanan ke Second Thomas Shoal di Kepulauan Spratly.
9. 36 maut, puluhan lagi cedera kebakaran hutan di Maui
Kebakaran yang bermula pada Selasa merebak melalui tumbuhan kering di bandar bersejarah Lahaina.
10. Kerajaan Modi berjaya ketepikan usul undi tidak percaya
Usul undi tidak percaya ini dikecam keras Modi dan beliau mendakwa kumpulan pemimpin ini tidak percaya kepada demokrasi.
#Mahmoud Abbas #berita pilihan #antarabangsa #tumpuan