awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

29 maut, 16 hilang dalam banjir besar di Hebei, China

Bernama
Bernama
11/08/2023
08:15 MYT
29 maut, 16 hilang dalam banjir besar di Hebei, China
Sehingga Khamis, banjir menjejaskan kira-kira 3.89 juta orang. Seluas 319,700 hektar tanaman juga rosak dan 131,500 hektar lagi musnah. - Gambar/ AP
SHIJIAZHUANG: Banjir di wilayah Hebei di utara China akibat hujan lebat baru-baru ini meragut nyawa 29 orang sehingga Khamis, manakala 16 lagi dilaporkan hilang, menurut pihak berkuasa tempatan pada Jumaat.
Hujan lebat dan banjir teruk itu menjejaskan 110 negeri, bandar dan daerah di wilayah itu, lapor Xinhua.
Banyak infrastruktur termasuk pengangkutan, tenaga, komunikasi dan kemudahan air di kawasan yang dilanda bencana mengalami kerosakan dengan kerugian ekonomi langsung dianggarkan sebanyak 95.81 bilion yuan (kira-kira US$13.38 bilion) setakat ini.
Sehingga Khamis, banjir menjejaskan kira-kira 3.89 juta orang. Seluas 319,700 hektar tanaman juga rosak dan 131,500 hektar lagi musnah.
Banjir turut merobohkan 40,900 rumah, manakala 155,500 lagi rosak teruk.
Sebanyak 1,150 sekolah rendah dan menengah serta tadika, turut mengalami kerosakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Heibei
#banjir besar
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan