NEW DELHI: Kerajaan Perdana Menteri India Narendra Modi berjaya mengetepikan usul undi tidak percaya di Parlimen pada Khamis.

Ia selepas ucapan oleh Perdana Menteri pada kemuncak perbahasan selama tiga hari.

Ahli pembangkang, yang membawa usul itu selama berbulan-bulan susulan isu keganasan etnik di negeri Manipur, dilaporkan keluar dari dewan.

Tindakan keluar itu, menurut media tempatan, turut disertai pemimpin Parti Kongres Rahul Gandhi.

Ghandi pada Rabu bertegas kerajaan Modi akan tewas.

Usul undi tidak percaya ini dikecam keras Modi dan beliau mendakwa kumpulan pemimpin ini tidak percaya kepada demokrasi.

Usul undi tidak percaya ditolak oleh kerajaan sebelum pengundian sebagai gimik menjelang pilihan raya umum tahun hadapan.

Parti Bharatiya Janata (BJP) Hindu-Nasionalis dipimpin Modi mempunyai majoriti besar dalam Dewan Rakyat dengan 543 anggota, dan secara meluas dijangka memenangi penggal ketiga berkuasa.