awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua Perbendaharaan AS puji ‘kemenangan besar’ PM Jepun, Sanae Takaichi
Epstein didakwa cuba dekati Putin
Gerai Lemang Kijal bakal berwajah baharu, sedia kemudahan lebih selesa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
12/09/2023
15:44 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 September 2023.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 September 2023.
1. Kim Jong Un tiba di Rusia bagi hadiri sidang kemuncak bersama Putin
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un tiba di Rusia awal Selasa, kata seorang pegawai di kementerian pertahanan Korea Selatan.
2. Trump minta hakim AS dikecualikan dalam kes subversif pilihan raya Presiden 2020
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Isnin menuntut hakim persekutuan dalam kes subversif pilihan raya presiden 2020 dikecualikan, lapor Xinhua.
3. Bandar kecil di Portugal dibanjiri 600,000 gelen wain merah
Sebuah bandar kecil di Portugal dibanjiri wain merah selepas dua tangki minuman keras tersebut pecah lalu membanjiri jalan raya berhampiran.
4. Lebih 1,000 mangsa gagal dikenal pasti meski 22 tahun berlalu serangan 9/11
Lebih 1,000 mangsa masih gagal dikenal pasti ketika Amerika Syarikat memperingati ulang tahun ke-22 serangan 9/11 pada Isnin, lapor Xinhua.
5. Mayat lelaki hilang 52 tahun lalu dijumpai di glasier, Austria
Mayat seorang lelaki ditemui di kawasan glasier di Austria, kata polis Salzburg pada Isnin.
6. 100,000 kanak-kanak terjejas gempa bumi di Maghribi - UNICEF
Kira-kira 100,000 kanak-kanak terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda Maghribi Jumaat lepas, kata Agensi Kanak-Kanak PBB (UNICEF) pada Isnin.
7. COVID-19: England kenal pasti 34 kes varian bermutasi tinggi
Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKSHA) mengesahkan sebanyak 34 kes COVID-19 dikaitkan dengan varian BA.2.86 yang bermutasi tinggi telah dikenal pasti di England.
8. Gempa bumi Maghribi: Angka kematian meningkat lebih 2,800
Penduduk kampung di Maghribi yang musnah akibat gempa bumi terbesar di negara itu dalam tempoh lebih satu abad, berkhemah di luar untuk malam keempat pasca bencana itu.
9. Saintis cipta klon Dolly The Sheep meninggal dunia
Saintis British, Ian Wilmut, yang penyelidikannya menjadi pusat penciptaan haiwan klon, Dolly the Sheep, telah meninggal dunia pada usia 79 tahun.
10. Pesawat penumpang mendarat cemas di padang di Siberia
Sebuah pesawat penumpang dalam penerbangan dari bandar peranginan Rusia Sochi ke bandar Omsk di Siberia telah mendarat cemas di sebuah padang di wilayah Novosibirsk kerana kegagalan sistem hidrauliknya.
Topic Berkaitan
#Rusia
#Kim Jong Un
#Vladimir Putin
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#9 11
#Portugal
#austria
#gempa bumi Maghribi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan