DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 September 2023.
1. Malaysia gesa OIC, ASEAN jalin kerjasama tangani isu Rohingya
Malaysia menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menjalin kerjasama dengan ASEAN bagi menyelesaikan krisis kemanusiaan Rohingya.
2. Konflik Azerbaijan-Armenia: UNSC adakan mesyuarat tergempar
Jurucakap Kementerian Luar Armenia Ani Badalyan mengesahkan pada Selasa bahawa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) berhubung situasi di wilayah Nagorno-Karabakh yang dipertikaikan akan diadakan pada 21 Sept.
3. Presiden Iran pertahan program nuklear di Perhimpunan Agung PBB
Presiden Iran Ebrahim Raisi mempertahankan program nuklear negara itu pada Perhimpunan Agung PBB di New York pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
4. Laos lapor kes cacar monyet pertama
Kementerian Kesihatan Laos telah mengesahkan kes pertama cacar monyet di negara itu, dan menyeru pegawai kesihatan di seluruh negara untuk sentiasa berwaspada terhadap lebih banyak kes virus tersebut, lapor Xinhua.
5. Bandar purba Si Thep di Thailand disenarai sebagai Warisan Dunia UNESCO
UNESCO memasukkan Bandar Purba Si Thep di Thailand dan monumen Dvaravati yang berkaitan di wilayah utara Phetchabun ke dalam Senarai Warisan Dunianya.
6. Golongan petani Bulgaria protes lanjutan import makanan dari Ukraine
Ratusan petani di seluruh Bulgaria mengadakan protes bagi membantah tindakan kerajaan untuk melanjutkan import bekalan makanan asas dari Ukraine.
7. Malaysia, India bincang kerjasama pertahanan di New Delhi
Pegawai dari kementerian pertahanan India dan Malaysia membincangkan kerjasama dalam pelbagai bidang semasa mesyuarat mereka di New Delhi.
8. Konflik Azerbaijan-Armenia: Sekurang-kurangnya 32 maut di Nagorno-Karabakh
Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh manakala lebih 200 cedera dalam peningkatan konflik yang berterusan di Nagorno-Karabakh, Sputnik memetik laporan agensi berita kerajaan Armenia Armenpress pada Rabu.
9. 3 maut, 4 cedera letupan gas di Moscow
Tiga maut manakala empat lagi cedera akibat letupan gas di sebuah bangunan kediaman sembilan tingkat di bandar Balashikha Wilayah Moscow pada Rabu, menurut Kementerian Perkhidmatan Kecemasan Rusia.
10. Elon Musk beri bayangan kenakan bayaran untuk guna X
Jutawan teknologi Elon Musk berkata platform X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, sedang mempertimbangkan untuk meminta penggunanya membayar sejumlah bayaran bulanan yang kecil untuk menggunakan platform tersebut.