ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Oktober 2023.
1. Perang Palestin-Israel: PM Thailand minta bantuan Malaysia bantu pembebasan rakyatnya
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin telah meminta bantuan daripada rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan pembebasan rakyat Thailand yang didakwa dijadikan tebusan oleh Hamas semasa pertempuran Palestin-Israel.
2. Perang Palestin-Israel: Bekalan elektrik di Gaza dijangka terputus sepenuhnya hari ini
Bekalan elektrik di seluruh Semenanjung Gaza dijangka terputus sepenuhnya hari ini selepas satu-satu loji jana kuasa di kawasan berkenaan ditutup pada Rabu.
3. Perang Palestin-Israel: 338,000 penduduk tinggalkan kediaman di Gaza - PBB
Lebih 338,000 penduduk di Semenanjung Gaza terpaksa meninggalkan kediaman mereka sejak konflik antara Palestin-Israel memuncak, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) pada Rabu.
4. Israel minta rakyat berlindung selepas pencerobohan 'pesawat musuh' dari Lubnan
Tentera Israel pada Rabu mendakwa sebuah pesawat musuh memasuki utara Israel dari Lubnan, lalu menggesa penduduknya mencari tempat perlindungan.
5. Mesir tolak cadangan buka koridor untuk orang awam di Gaza - Laporan
Mesir telah menolak cadangan membuka koridor selamat bagi orang awam dari Semenanjung Gaza, Sputnik memetik laporan The Jerusalem Post pada Rabu.
6. 'Israel tidak berhak sekat bantuan kemanusian ke Gaza' - Zambry
Rejim Israel tidak berhak menyekat segala bentuk kemanusiaan dari negara luar kepada penduduk di Gaza, Palestin.
7. 1MDB: Kerajaan Malaysia nafi dakwaan Goldman Sachs
Kerajaan menafikan semua dakwaan yang terkandung dalam permintaan untuk timbang tara daripada Goldman Sachs Group Inc (Goldman Sachs), berhubung perjanjian penyelesaian dalam skandal dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
8. Australia: Rakyat Malaysia antara 4 ditahan dalam serbuan, 600 kg meth dirampas
Polis Australia menahan empat lelaki selepas 662 kilogram methamphetamine ditemukan disembunyi dalam bungkusan gulungan tisu tandas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
9. Seorang maut, puluhan dipindahkan selepas letupan kimia di Australia
Seorang maut manakala 30 lagi dipindahkan selepas letupan kimia berlaku di sebuah kilang di negeri Victoria, Australia pada Khamis.
10. 5.8 juta orang hilang tempat tinggal akibat perang di Sudan - IOM
Pertubuhan Migrasi Antarabangsa PBB (IOM) pada Rabu mendedahkan bahawa hampir 5.8 juta orang kehilangan tempat tinggal di dalam dan di luar Sudan akibat konflik berpanjangan antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).
Astro Awani
Thu Oct 12 2023
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 Disember 2024.