Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 13, 2023 15:57 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Disember 2023.
1. PBB lulus resolusi 'tidak mengikat' gencatan senjata di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi 'tidak mengikat' menyeru gencatan senjata antara Palestin dan Israel diluluskan.
2. Amaran Joe Biden kepada Netanyahu: “Israel akan kehilangan sokongan antarabangsa”
Tindakan melancarkan serangan tanpa membezakan sasaran antara orang awam dan tentera di Semenanjung Gaza akan memberi padah kepada Israel dengan kehilangan sokongan daripada sekutu-sekutunya di Eropah serta komuniti antarabangsa.
3. Malaysia sokong resolusi UNGA tuntut gencatan senjata di Gaza
Malaysia menyokong dan menaja bersama draf resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNGA) menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza pada Selasa, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
4. Israel mahu curi dan bolot rizab minyak Gaza
Kempen pengeboman, pembunuhan dan pengusiran penduduk Genting Gaza oleh tentera Israel telah memasuki hari ke-67.
5. Persidangan Iklim PBB seru 'peralihan' bahan api fosil
Masyarakat antarabangsa menyeru kepada "peralihan bahan api fosil dalam sistem tenaga" menerusi pengisytiharan Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28).
6. China dan Vietnam sepakat bina komuniti berkongsi nasib
China dan Vietnam sepakat untuk menggembleng tenaga dalam usaha membina komuniti berkongsi nasib sesama negara yang berasaskan pemerkasaan perkongsian kerjasama strategik komprehensif Beijing-Hanoi.
7. Pembangkang Jepun kemuka usul tidak percaya ke atas kerajaan Kishida
Parti pembangkang Jepun Constitutional Democratic Party (CDP), mengemukakan usul undi tidak percaya ke atas kerajaan Perdana Menteri Fumio Kishida berikutan skandal sogokan dalam parti yang memerintah Liberal Democratic Party (LDP), lapor Sputnik.
8. Hungary lulus undang-undang lindungi kedaulatan negara
Parlimen Hungary menerima pakai pakej undang-undang yang bertujuan melindungi kedaulatan negara daripada pengaruh luar di sini pada Selasa.
9. Lebih setengah penduduk Sudan Selatan alami kelaparan
Lebih separuh daripada penduduk Sudan Selatan mengalami kelaparan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Isnin, lapor Xinhua.
10. Serangan siber jejas perkhidmatan pengendali rangkaian mudah alih terbesar di Ukraine
Serangan siber besar-besaran menyebabkan perkhidmatan komunikasi dan jaringan internet pengendali rangkaian mudah alih terbesar di Ukraine, Kyivstar mengalami gangguan di seluruh negara pada Selasa.
#Astro Awani #Gaza #Palestin #Israel #PBB #China #Vietnam #Jepun #Kishida #Hungary #Sudan #selatan #Ukraine