awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persidangan Iklim PBB seru 'peralihan' bahan api fosil

Bernama
Bernama
13/12/2023
08:52 MYT
Persidangan Iklim PBB seru 'peralihan' bahan api fosil
Lebih 100 negara sebelum ini menggesa penggubalan yang lebih meluas iaitu penghapusan penggunaan bahan api fosil secara berperingkat. - Reuters
DUBAI: Masyarakat antarabangsa menyeru kepada "peralihan bahan api fosil dalam sistem tenaga" menerusi pengisytiharan Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28), lapor Agensi Berita Jerman (dpa) .
Teks pengisytiharan COP28 diterbitkan pada pagi Rabu oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) selaku tuan rumah persidangan terbabit dan diterima pakai dalam sesi pleno beberapa jam kemudian.
Kertas setebal 21 muka surat itu menyeru pelbagai negara untuk mengelakkan daripada menggunakan bahan api fosil dalam sistem tenaga mereka.
"Generasi akan datang mungkin tidak tahu nama anda tetapi mereka akan terhutang budi kepada setiap seorang daripada anda," kata Presiden COP28 Sultan al-Jaber.
Perjanjian Paris sebelum ini mengehadkan tahap kenaikan suhu global praindustri hingga 1.5 darjah Celsius.
Ini merujuk kepada sasaran yang dipersetujui di peringkat antarabangsa di Paris pada 2015 untuk mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 darjah berbanding zaman praindustri.
Lebih 100 negara sebelum ini menggesa penggubalan yang lebih meluas iaitu penghapusan penggunaan bahan api fosil secara berperingkat.
Bagaimanapun, teks itu juga membenarkan penggunaan gas yang berterusan dan penggunaan teknologi kontroversi untuk menyimpan dan memerangkap CO2.
Ia juga termasuk matlamat untuk menggandakan kapasiti tenaga boleh diperbaharui menjelang 2030 dan menggandakan kadar kecekapan tenaga sepanjang tempoh ini.
Negara-negara G20 menyatakan komitmen mereka dalam hal ini.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini berkaitan COP28 di sini
Topic Berkaitan
#peralihan bahan api
#bahan api fosil
#sistem tenaga
#COP28
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan