Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 21, 2023 15:45 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 Disember 2023.
1. Hanya empat hospital beroperasi pada tahap minimum di utara Gaza - WHO
Hospital Al-Ahli Arab kini beroperasi separuh daripada perkhidmatan sebelumnya berikutan kekurangan bahan api, kakitangan dan bekalan.
2. Ukraine mahu rakyatnya di luar negara berkhidmat dalam tentera
Rakyat Ukraine berumur antara 25 dan 60 tahun di Jerman dan negara-negara lain yang layak untuk berkhidmat diminta melapor diri.
3. Ribut Pia: Penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol dibatalkan pada Khamis
Ribut yang bergerak dari hujung Greenland ke arah Scotland itu dijangka membadai Belanda dan selatan Scandinavia.
4. Krisis air minuman kanak-kanak di Gaza meruncing - Unicef
Unicef memberi amaran bahawa ketiadaan air minuman yang selamat di Gaza boleh mengancam nyawa dan menyebabkan lebih ramai kanak-kanak berisiko dijangkiti penyakit.
5. X alami masalah akses
Laman media sosial X pada 21 Disember 2024 mengalami masalah untuk diakses.
6. Gaza hilang 66 peratus pekerjaan
Gaza kehilangan hampir 66 peratus pekerjaan sejak konflik Israel-Hamas tercetus pada 7 Okt, menurut data Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Biro Statistik Pusat Palestin (PCBS) pada Rabu.
7. AS laksana pertukaran tahanan dengan Venezuela
Washington membebaskan Alex Saab, sekutu rapat Presiden Venezuela Nicolas Maduro di bawah perjanjian pertukaran tahanan sebagai balasan kepada pembebasan 10 warga Amerika yang ditahan di Venezuela.
8. Emir baharu Kuwait terima peletakan jawatan kabinet
Kabinet akan terus berfungsi sebagai kerajaan sementara untuk menguruskan perkara-perkara mendesak sehingga Kabinet baharu dibentuk.
9. Presiden Perancis Macron pertahan undang-undang imigresen
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Rabu mempertahankan undang-undang imigresen yang diluluskan Parlimen meskipun berdepan kritikan.
10. Varian COVID-19 JN.1 kini menular di AS
Varian baharu COVID-19 JN.1 kini merebak dengan pantas di AS sekali gus menjadi penyumbang kepada kes baharu di negara terbabit.
#UNICEF #COVID-19 #Emmanuel Macron #berita antarabangsa