awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Perancis Macron pertahan undang-undang imigresen

Bernama
Bernama
21/12/2023
04:44 MYT
Presiden Perancis Macron pertahan undang-undang imigresen
Macron berkata undang-undang itu jelas bertujuan menghalang golongan migran daripada berhijrah ke Perancis secara tidak sah dan menghalang sistem sosial daripada terbeban. - Gambar fail/AP
PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Rabu mempertahankan undang-undang imigresen yang diluluskan Parlimen meskipun berdepan kritikan.
Menerusi temu bual dengan stesen France 5, Macron berkata undang-undang itu jelas bertujuan menghalang golongan migran daripada berhijrah ke Perancis secara tidak sah dan menghalang sistem sosial daripada terbeban, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pada masa yang sama, pendatang yang sebelum ini bekerja tanpa dokumen akan diberikan permit menetap di bawah syarat-syarat tertentu.
Undang-undang kontroversi itu diluluskan oleh Parlimen pada Selasa, meski berdepan tekanan daripada parti pembangkang konservatif Les Republicains.
Bagaimanapun, Macron berhasrat mengemukakan undang-undang itu kepada Majlis Perlembagaan susulan terdapat beberapa isu mengenai perlembagaan.
Majlis kemudian akan meneliti undang-undang berkenaan untuk menentukan kesahihannya. Beberapa bahagian kemungkinan perlu dipinda sebelum rancangan itu dikuat kuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Perancis
#Emmanuel Macron
#undang-undang imigresean
#letak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan