awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS laksana pertukaran tahanan dengan Venezuela

Bernama
Bernama
21/12/2023
05:23 MYT
AS laksana pertukaran tahanan dengan Venezuela
Tahanan Amerika Syarikat yang dibebaskan di Venezuela tiba di Pangkalan Bersama San Antonio, Texas. - Gambar/ Reueters
BOGOTA: Washington membebaskan Alex Saab, sekutu rapat Presiden Venezuela Nicolas Maduro di bawah perjanjian pertukaran tahanan sebagai balasan kepada pembebasan 10 warga Amerika yang ditahan di Venezuela, lapor Agensi Anadolu.
Saab tiba di lapangan terbang Venezuela pada Rabu dan disambut anggota keluarga serta isteri Maduro, Cilia Flores sebelum menuju ke Istana Miraflores.
"Saya ingin mengalu-alukan kedatangan seorang lelaki yang berani dan patriotik yang diculik dan terpaksa bertahan selama 1,280 hari, 40 bulan di penjara yang kotor, diseksa fizikal dan psikologi dan diancam," kata Maduro ketika sidang media.
Saab, seorang ahli perniagaan berketurunan Colombia telah ditahan di Cape Verde pada Jun 2020 dan diekstradisi ke AS pada Oktober 2021.
Kerajaan Maduro berkata Saab sedang menjalankan misi khas untuk mendapatkan makanan bagi diimport ke Venezuela.
AS mendakwa Saab menggunakan sistem kewangan negara itu untuk memanfaaatkan wang hasil rasuah. Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan itu.
Menerusi perjanjian antara Washington dan Cracas, Saab menerima pengampunan daripada Presiden AS Joe Biden manakala Venezuela membebaskan 10 warga Amerika dan 24 tahanan tempatan.
Perjanjian berlaku beberapa minggu selepas Rumah Putih melonggarkan sekatan ke atas Venezuela selepas Maduro menyuarakan komitmen untuk mengadakan pilihan raya presiden pada 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#pertukaran tahanan
#Alex Saab
#Venezuela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan