ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Februari 2024.

1. Peneroka haram Israel terus rakus menjarah bumi Palestin

Warga Palestin di wilayah Tebing Barat khususnya Lembah Jordan dan Masafer Yatta di selatan Hebron, terus menjadi sasaran kacau ganggu peneroka haram Israel hampir setiap hari sejak selepas 7 Okt, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

2. Israel dakwa berjaya hapus 17 batalion pejuang Hamas

Israel mendakwa Zionis berjaya membubarkan 17 daripada 24 batalion pejuang Hamas.

3. Kanada kenakan sekatan atas Hamas, pengganas Israel

Kanada mengumumkan akan mengenakan sekatan kepada pemimpin kumpulan pejuang Hamas dan warganegara Israel yang terlibat dengan aktiviti keganasan di Tebing Barat.

4. Keluarga tebusan Israel gesa Netanyahu kotakan janji

Keluarga tebusan Israel yang ditahan oleh Hamas di Gaza mengadakan protes pada Ahad di luar bangunan Kementerian Pertahanan Tel Aviv bagi menggesa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menyelesaikan segera perjanjian pembebasan tebusan dengan Hamas.

5. Sekurang-kurangnya 99 terbunuh dalam kebakaran hutan di Chile

Sekurang-kurangnya 99 terbunuh manakala 1,600 orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran hutan melanda Wilayah Valparaiso, Chile.

6. Biden menang pemilihan peringkat primari di Carolina Selatan

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Sabtu memenangi pemilihan untuk Demokrat di negeri Carolina Selatan, pencalonan rasmi pertama untuk parti itu di peringkat primari, lapor Sputnik.

7. Presiden Namibia Hage Geingob meninggal dunia

Presiden Namibia, Hage Geingob meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat kanser di Hospital Lady Pohamba pada Ahad.

8. Bard mungkin menjadi Gemini 7 Februari ini

Google nampaknya akan menjenamakan semula nama ciri AI generatif mereka Bard kepada Gemini agar selari dengan model bahasa raya mereka.

9. Daging cetakan 3D boleh dimakan jika guna DNA haiwan halal - MUIS

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengeluarkan fatwa membenarkan orang Islam memakan daging dihasilkan menerusi cetakan 3D sekiranya ia menggunakan DNA haiwan yang halal.

10. Dikatakan mirip Putera Mateen, wajah penjual ais krim ini gamit perhatian warga siber

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia pula tiada siapa yang tahu. Atau mungkin pada wajah yang menyerupai seorang putera raja?