Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 11, 2024 15:54 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 Februari 2024.
1. AI jadi tumpuan pada Sidang Kemuncak Dunia 2024
Kecerdasan Buatan (AI) akan menjadi fokus perbincangan pada World Government Summit (WGS) pada tahun ini yang berlangsung di Dubai dari 12 hingga 14 Februari.
2. Hidap kanser, Raja Charles III ucap terima kasih atas sokongan
Raja Britain, Raja Charles III pada Sabtu meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada rakyat Britain atas keperhatian mereka setelah disahkan menghidap kanser.
3. Mayat kanak-kanak perempuan enam tahun terperangkap di Gaza ditemui
Mayat kanak-kanak perempuan, Hind Rajab berusia enam tahun ditemui saudara maranya selepas terperangkap akibat serangan tentera Israel di Gaza.
4. Ribuan penduduk Rom sertai protes seru perang di Gaza dihentikan
Ribuan penunjuk perasaan pro-Palestin turun ke jalan raya di Rom menyeru agar perang di Semenanjung Gaza dihentikan.
5. NGO misi flotila Gaza 2010 umum lancar armada baharu
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Turki yang menganjurkan misi flotila Gaza 2010 mengumumkan sedang menyediakan armada baharu, pada Sabtu.
6. Israel dakwa temui terowong bawah ibu pejabat UNRWA
Tentera Israel mendakwa telah menemui rangkaian terowong sepanjang ratusan meter dan sebahagiannya terletak di bawah ibu pejabat Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Gaza.
7. Pantai Rio de Janeiro masih sesak meskipun kes denggi meningkat
Orang ramai dilihat hadir ke pantai Rio de Janeiro untuk mengambil bahagian dalam karnival jalanan yang dinanti-nantikan meskipun terdapat kebimbangan mengenai peningkatan kes demam denggi.
8. Israel bedil Rafah, tempat terakhir rakyat Palestin cari perlindungan
Serangan udara Israel mengorbankan 17 rakyat Palestin di Rafah, di bahagian sempadan Gaza, pada Sabtu.
9. Pimpinan parti Imran Khan rancang bentuk kerajaan
Calon- calon pimpinan parti pemimpin pembangkang Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan, merancang untuk membentuk kerajaan pada Sabtu.
10. Penyokong parti Jamaat-e-Islami protes bantah keputusan lewat di Karachi
Ratusan penyokong parti politik agama terbesar Pakistan, Jamaat-e-Islami, melakukan demonstrasi di luar pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Karachi membantah kelewatan keputusan pilihan raya.
#berita antarabangsa #Pilihan #bentuk kerajaan #UNRWA