Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 20, 2024 15:53 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Februari 2024.
1. Serangan terhadap hospital tidak boleh diterima - MERCY Malaysia
Serangan berterusan rejim Zionis ke atas hospital-hospital di Gaza tidak boleh diterima sama sekali oleh masyarakat antarabangsa, terutama dalam kalangan komuniti perubatan.
2. Malaysia akan sertai sesi pendengaran awam isu Palestin di ICJ - Mohamad
Malaysia akan menyertai sesi pendengaran awam bagi memperoleh Pendapat Nasihat di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung isu Palestin.
3. Netanyahu ulangi ikrar untuk hapuskan Hamas
Israel mahu melancarkan kempen pencerobohan ganas ke atas bandar Rafah jika Hamas gagal membebaskan baki tawanan di Genting Gaza menjelang ketibaan Ramadan pada awal bulan depan.
4. Delegasi GSPP hadir sesi pendengaran pendapat nasihat berhubung isu Palestin di ICJ
Delegasi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) hadir bagi mengikuti sesi pendengaran pendapat nasihat (advisory opinion) Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague pada Isnin, menghujahkan isu pendudukan haram Israel di Palestin.
5. Israel beri amaran, Rafah diserang menjelang Ramadan jika tebusan tidak dikembalikan
Israel tidak akan teragak-agak memperluaskan operasi ketenteraan di bandar paling selatan Gaza, Rafah jika tebusan yang ditahan oleh Hamas tidak dikembalikan menjelang bulan Ramadan.
6. Houthi dakwa tembak dron pengintip tentera AS di Laut Merah
Pejuang Houthi dari Yaman yang disokong Iran mengeluarkan satu video didakwa sebagai dron milik Amerika Syarikat (AS) MQ-9 telah ditembak jatuh berhampiran bandar pelabuhan Laut Merah, Hodeidah pada Isnin.
7. “Saya akan meneruskan perjuangan suami” - Balu Navalny
Yulia Navalnaya, balu kepada Ketua Pembangkang Rusia, Alexei Navalny berikrar akan meneruskan perjuangan suaminya untuk membebaskan Rusia dan menyeru penyokong untuk memerangi Presiden Vladimir Putin dengan gelombang yang lebih besar berbanding sebelumnya.
8. El Salvador: Pengiraan semula undi sahkan kemenangan Bukele
Pengiraan semula undi mengesahkan parti pemerintah Nuevas Ideas diketuai Nayib Bukele, memenangi 54 daripada 60 kerusi dalam pilihan raya parlimen El Salvador awal bulan ini, menurut suruhanjaya pilihan raya pada Isnin.
9. Jepun catat rampasan dadah kedua terbesar pada 2023 berjumlah 2,400kg
Pihak berkuasa Jepun merampas kira-kira 2,406 kilogram dadah dan bahan terlarang lain di pelabuhan serta lapangan terbang seluruh negara pada 2023 dan sekali gus mencatat nilai rampasan kedua terbesar di negara itu, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Selasa.
10. Hubungan wartawan Malaysia-Indonesia tingkatkan persefahaman rakyat dua negara serumpun
Jalinan persahabatan wartawan Malaysia dan Indonesia dalam menghubungkan rakyat dari kedua-dua negara serumpun menjadi komponen penting dalam menyelesaikan sebarang konflik yang timbul.
#Malaysia #Gaza #Palestin #Israel #Hamas #Zionis #ICJ #Rafah #El Salvador #Jepun #Indonesia #wartawan #Iswami