Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 22, 2024 15:46 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Februari 2024.
1. Israel nafi akses 51 peratus misi bantuan dirancang ke utara Gaza
ISRAEL nafi akses lebih separuh misi dirancang agensi kerja dan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA) serta rakan kemanusiaannya untuk menyampaikan bantuan di utara Semenanjung Gaza sejak awal tahun ini.
2. Netanyahu enggan berundur dari Gaza
PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu didakwa menghalang sebarang usaha untuk mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.
3. “Gaza jadi zon maut” - Ketua WHO
Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang "tidak berperikemanusiaan" kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot, menurut ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu.
4. Israel mahu dakwa imam Masjid Al-Aqsa
Israel bakal memfailkan dakwaan terhadap imam di Masjid al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri yang dikatakan menghasut, lapor Agensi Anadolu.
5. Presiden Joe Biden batal hutang pelajar
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden umum pentadbirannya bakal membatalkan hutang pelajar bernilai AS$1.2 bilion melibatkan 153,000 individu yang layak.
6. Rishi Sunak bertemu Raja Charles III selepas pengumuman kanser
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, melawat Raja Charles III di Istana Buckingham buat kali pertama sejak baginda disahkan menghidap kanser baru-baru ini.
7. Risiko tanah runtuh akibat hujan lebat di Bolivia
Hujan lebat di Bolivia menyebabkan kejadian tanah runtuh di sepanjang tepi sungai yang melimpah di La Paz.
8. Parlimen Britain 'bertempur' seru gencatan senjata Gaza
Sekumpulan Ahli Parlimen United Kingdom (UK) menyeru gencatan senjata dalam perang Israel ke atas Gaza.
9. Biskop Australia Christopher Saunders didakwa merogol
Biskop Australia, Christopher Saunders didakwa atas tuduhan merogol dan beberapa dakwaan seks lain terhadap kanak-kanak
10. Bantuan masuk ke Gaza makin merosot, kritikal
Aliran bantuan yang masuk ke Gaza dari Mesir hampir kering sejak dua minggu lalu dan kemerosotan dalam keselamatan telah menyukarkan pengagihan makanan.
#berita pilihan #antarabangsa #Gaza #Mesir