SYDNEY: Biskop Australia, Christopher Saunders didakwa atas tuduhan merogol dan beberapa dakwaan seks lain terhadap kanak-kanak.
Lelaki berusia 74 tahun itu ditahan di Broome pada Rabu.
Saunders yang menafikan dakwaan ke atasnya akan menghadapi 19 pertuduhan di mahkamah hari ini.
Dia merupakan pemimpin penganut Katolik paling kanan yang menghadapi tuduhan seperti ini.
Kesalahan yang didakwa dilakukannya termasuk dua pertuduhan merogol, 14 pertuduhan serangan menyalahi undang-undang dan cabul serta tiga pertuduhan cabul ke atas kanak-kanak di bawah pengawasannya.
Mula dilantik sebagai biskop pada 1976, Saunders telah menghabiskan sebahagian besar kerjayanya di wilayah terpencil Kimberley di sudut barat laut negara itu, dan dilantik sebagai Paderi Broome pada 1996.
Selama bertahun-tahun, dia berhadapan dua penyiasatan berhubung dakwaan penderaan seksual yang dibuat oleh beberapa lelaki Orang Asli dari komuniti di wilayah pentadbirannya.
Tuduhan itu pertama kali didedahkan pada 2020, namun, kes itu ditutup tanpa sebarang dakwaan.
Saunder bagaimanapun berundur secara sukarela sebagai Paderi Broome pada 2020, tetapi kekal sebagai penasihat gereja.
Bagaimanapun, selepas siasatan bersejarah diarahkan oleh Paus - dan laporan siasatan 200 muka surat itu bocor kepada media tahun lalu, polis mengambil tindakan memulakan siasatan baharu. - BBC
Agensi
Thu Feb 22 2024
Biskop Australia, Christopher Saunders yang berusia 74 tahun didakwa atas tuduhan merogol dan beberapa dakwaan seks lain terhadap kanak-kanak. - Gambar Twitter
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Biskop Australia Christopher Saunders didakwa merogol
Christopher Saunders yang ditahan polis semalam akan didakwa atas 19 pertuduhan hari ini.