ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.


1. Jepun mula fasa keempat lepas air terawat dari loji nuklear Fukushima

Jepun pada Rabu mula melaksanakan fasa keempat pelepasan air radioaktif terawat dari loji kuasa nuklear (NPP) Fukushima yang dijadualkan berlangsung sehingga 16 Mac, menurut data Tokyo Electric Power Company (TEPCO).



2. Tiada konvoi bantuan PBB sampai ke utara Gaza sejak 23 Januari

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memaklumkan tiada konvoi bantuan kemanusiaannya sampai di utara Semenanjung Gaza sejak 23 Jan.


3. Kemboja sebagai destinasi kebudayaan terkemuka Asia - World Travel Awards

Kemboja sekali lagi dipilih sebagai destinasi kebudayaan terkemuka Asia oleh World Travel Awards bagi 2023, kata Menteri Pelancongan negara itu Sok Soken pada Rabu.


4. Penduduk Palestin serbu pantai Gaza selepas pesawat gugur bantuan makanan

Beribu-ribu rakyat Palestin berkumpul di pantai di selatan Semenanjung Gaza pada Selasa selepas pesawat menggugurkan bantuan makanan di wilayah terkepung itu.


5. Sony buang 900 kakitangan PlayStation seluruh dunia

Sony mengumumkan akan membuang 900 tenaga kerja yang bersamaan dengan 8% keseluruhan tenaga kerja Sony Interactive Entertainment.


6. Mark Zuckerberg bincang risiko AI dengan PM Jepun

Ketua Meta, Mark Zuckerberg dilaporkan berbincang dengan risiko generatif kecerdasan buatan (AI) dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida semasa lawatan beliau ke negara itu.


7. Raja Abdullah sertai pasukan agih bantuan dari pesawat udara di Gaza

Raja Abdullah dari Jordan menyertai misi kemanusiaan menjatuhkan makanan daripada sebuah pesawat tentera udara Jordan di Gaza pada Selasa.


8. Pengarah filem Israel berdepan ugutan bunuh oleh kumpulan sayap kanan

Wartawan dan pembikin filem Israel, Yuval Abraham berdepan ugutan bunuh selepas memberikan ucapan di Festival Filem Berlin yang menggesa gencatan senjata di Gaza dan menamatkan dasar aparteid Israel ke atas Palestin.


9. MWC Barcelona: Telco, agensi Malaysia meterai sembilan MoU pada hari pertama

Sebanyak sembilan Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai membabitkan syarikat telekomunikasi dan agensi di Malaysia pada hari pertama Mobile World Congress Barcelona 2024 (MWC 2024) yang bermula di sini pada Isnin.


10. Presiden Joko Widodo anugerah Prabowo Subianto pangkat jeneral empat bintang

Menteri Pertahanan Indonesia dan calon presiden Prabowo Subianto dianugerahkan pangkat jeneral kehormat empat bintang oleh Presiden Joko Widodo pada Rabu.