DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 Mac 2024.
Perjanjian mengenai konsert Taylor Swift di Singapura, antara 2 hingga 9 Mac ini, satu-satunya lokasi pilihan penyanyi antarabangsa itu di rantau Asia Tenggara untuk siri jelajah dunia Eras, tidak bermaksud perjanjian yang tidak mesra kepada negara jiran.
Raja Norway Harald V akan menerima perentak jantung kekal, menurut keluarga diraja pada Isnin, lapor agensi berita Jerman dpa.
Perdana Menteri baharu Pakistan, Shehbaz Sharif menjemput Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melawat negaranya semasa kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan bilateral yang lebih teguh melalui panggilan telefon.
Amerika Syarikat (AS) mendakwa sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan ke Gaza melalui beberapa banyak saluran yang mungkin untuk membantu memulihkan bencana kemanusiaan di sini.
Menteri Pertama Soctland, Humza Yousaf akan mengambil cuti paterniti untuk memberi sokongan kepada isterinya yang dijangka melahirkan cahaya mata mereka pada Julai depan.
Sekurang-kurangnya 10 anggota polis cedera dalam kejadian letupan yang menggegarkan Markas Briged Bergerak (Brimob) Polis Indonesia di Surabaya, Jawa Timur pada Isnin.
Diplomat Palestin pada Isnin menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memainkan peranan lebih besar bagi membantu menamatkan konflik.
Perancis menjadi negara pertama di dunia yang secara eksplisit memasukkan hak pengguguran dalam Perlembagaannya.
Israel mengemukakan dakwaan baharu berkaitan agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Palestin (UNRWA).
Pihak berkuasa Jakarta menugaskan 3,929 anggota keselamatan untuk mengawasi demonstrasi berkaitan Pilihan Raya Umum 2024 di hadapan Kompleks Parlimen di Tanah Abang, Jakarta Pusat pada Selasa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami