NEW DELHI: Perdana Menteri baharu Pakistan, Shehbaz Sharif menjemput Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melawat negaranya semasa kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan bilateral yang lebih teguh melalui panggilan telefon.
Anwar telah menelefon Shehbaz pada Isnin untuk mengucapkan tahniah kepadanya kerana dilantik Perdana Menteri ke-24 Pakistan.
"Perdana Menteri telah mengundang Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk melawat Pakistan. Sambil menerima undangan itu, Perdana Menteri Malaysia juga telah menjemput PM Shehbaz Sharif untuk melawat negaranya," lapor agensi berita negara itu Associated Press of Pakistan (APP).
Kedua-dua mereka menekankan kepentingan pertukaran tingkat tinggi secara berkala untuk membina hubungan yang lebih utuh antara Pakistan dan Malaysia.
Selain hubungan bilateral, kedua-dua pemimpin juga membincangkan situasi di Gaza, menurut laporan APP.
Shehbaz menghadapi cabaran berat untuk menstabilkan ekonomi dan menenangkan ketegangan politik antara kerajaan gabungan yang dipimpin oleh parti beliau Liga Muslim-Nawaz (PML-N) dan pembangkang Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI) bekas perdana menteri Imran Khan.
Tiada parti yang mendapat majoriti mudah di Dewan Perundangan selepas pilihan raya 8 Feb lepas.
Shehbaz dipilih ke jawatan tertinggi pada Ahad dengan sokongan daripada parti-parti lain, termasuk Parti Rakyat Pakistan (PPP). - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Perdana Menteri baharu Pakistan, Shehbaz (gambar) menjemput Perdana Menteri Malaysia, Anwar untuk melawat negaranya semasa kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan bilateral yang lebih teguh melalui panggilan telefon. - Gambar fail REUTERS
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Banjir: PM Pakistan hubungi Anwar, nyatakan solidariti kepada Malaysia
Pakistan melahirkan rasa dukacita terhadap kerosakan akibat banjir yang melanda sebahagian kawasan di Malaysia dan menawarkan bantuan untuk usaha pemulihan.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Pakistan punyai potensi besar untuk perdagangan Malaysia - PM
Potensi hubungan perdagangan besar yang ada pada Pakistan belum diteroka sepenuhnya oleh Malaysia.
Malaysia, Pakistan teruskan hubungan baik dengan AS - PM Anwar
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk meneruskan hubungan baik dengan Amerika Syarikat namun menegaskan kedua-dua negara adalah merdeka serta bebas.
Akibat konflik Timur Tengah akan jadi 'di luar imaginasi' - PM Pakistan
Orde dunia semasa berdepan cabaran paling getir akibat masalah seperti konflik genosid Israel, krisis Ukraine dan konflik di Asia dan Afrika.
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif jemput Anwar lawat Pakistan
Perdana Menteri Anwar turut menjemput Ibrahim Shehbaz Sharif untuk melawat Malaysia.
Shehbaz Sharif angkat sumpah Perdana Menteri Pakistan
Shehbaz Sharif mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-24 Pakistan untuk penggal kedua pada Isnin.
Shehbaz Sharif dipilih sebagai PM baharu Pakistan
Parlimen Pakistan pada Ahad memilih Shehbaz Sharif sebagai perdana menteri ke-24 negara itu untuk penggal kedua, tiga minggu selepas pengundian pada 8 Feb.
Shehbaz Sharif diumum calon Perdana Menteri Pakistan
Pemimpin Liga Muslim Pakistan, Nawaz Sharif pilih adiknya, Shehbaz Sharif untuk mengetuai kerajaan baharu Pakistan.
9 maut dalam letupan bom angkara pengebom bunuh diri
Kejadian berlaku berhampiran daerah Sibbi, menyasarkan trak yang membawa anggota separa tentera Balochistan Constabulary.