ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Mei 2024.


1. TPM Zahid lakukan kunjungan hormat ke atas PM China, Li Qiang

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri China, Li Qiang di Rumah Tamu Negara Diaoyutai di Beijing hari ini.



2. Singapura akan bekerjasama rapat dengan Malaysia sokong Kepengerusian ASEAN 2025

Singapura bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam menyokong Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun depan.


3. Ireland secara rasmi iktiraf negara Palestin

Ireland secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin dan menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendengar suara masyarakat antarabangsa dan menghentikan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).


4. Menteri Pertama Scotland desak UK iktiraf Palestin

Menteri Pertama Scotland, John Swinney berpendapat, United Kingdom (UK) perlu mengikut langkah Ireland, Sepanyol dan Norway untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.


5. Serangan di Rafah tragis namun bukan operasi skala besar - AS

Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berkata mereka sedang memantau dengan teliti siasatan ke atas serangan udara tragis dan terkutuk rejim Israel sehingga membawa maut.


6. Iran namakan jalan, lebuh raya sempena Raisi dan Amirabdollahian

Majlis Bandar Raya di ibu negara Iran, Tehran telah memutuskan untuk menamakan dua jalan dan sebuah lebuh raya sempena Presiden Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, yang terbunuh dalam nahas helikopter baru-baru ini.


7. 2 maut nahas pesawat di Ecuador, kemalangan udara ke-4 dalam tempoh 2 bulan

Dua orang terbunuh dan seorang cedera pada Selasa apabila pesawat kecil mereka terhempas di Santa Rosa, wilayah pantai selatan El Oro, Ecuador, kata Direktorat Jeneral Penerbangan Awam.


8. Pesawat tentera AS terhempas

Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat terhempas berhampiran University dan Rio Bravo, New Mexico pada Selasa.


9. 32 maut Siklon Remal badai India

Ribut dan tanah runtuh akibat hujan yang dicetuskan oleh Siklon Remal telah mengorbankan sekurang-kurangnya 32 orang dan mencederakan ramai lagi di Bengal Barat dan empat negeri timur laut India, kata pegawai pada Selasa, menurut Xinhua.


10. Puluhan ribu pelajar di Brazil tidak bersekolah akibat banjir

Ribuan pelajar di selatan Brazil tidak dapat belajar selepas bencana banjir besar menenggelamkan beberapa buah sekolah dengan sebahagian besar sekolah pula dijadikan tempat perlindugan mangsa banjir.