DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Jun 2024.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi mengenai cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk pelaksanaan gencatan senjata kekal dan pembebasan tebusan di Gaza pada Isnin.
Pasukan pejuang Palestin, Hamas bersedia untuk melibatkan diri dengan perantara dalam rundingan tidak langsung untuk melaksanakan langkah-langkah yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia menggesa resolusi gencatan senjata penuh di Gaza yang diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Isnin dilaksanakan sepenuhnya dengan segera.
Singapore Airlines (SIA) akan memberikan bayaran balik penuh tambang kepada semua penumpang penerbangan SQ321, yang mengalami gelora udara ekstrem bulan lepas, termasuk kepada mereka yang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sebuah pesawat tentera yang membawa Naib Presiden Malawi dan sembilan yang lain dilaporkan hilang dan operasi pencarian sedang dijalankan, menurut pejabat Presiden negara itu.
Pejuang Houthi dari Yaman mendakwa mereka berjaya menahan rangkaian perisikan Amerika Syarikat-Israel beberapa hari lalu.
Empat pensyarah jemputan dari sebuah kolej Amerika Syarikat (AS) cedera dalam serangan tikaman di sebuah taman awam di timur laut China pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Jerayawara One ASEAN One Response (OAOR) yang dilancarkan di sini pada Isnin, memberi tumpuan kepada meningkatkan mekanisme tindak balas bencana bagi Laos dan komuniti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), lapor Xinhua .
Kerajaan Australia telah melancarkan kempen baharu yang menggalakkan orang ramai untuk berhenti merokok dan menghisap vape.
Media Malaysia bersama delegasi media antarabangsa pada Isnin melawat Pusat Akhbar Maya yang ditubuhkan di Hab Media Haji oleh Kementerian Media Arab Saudi di Mekah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami