awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejuang Houthi tahan perisik AS-Israel

Astro Awani
Astro Awani
11/06/2024
02:00 MYT
Pejuang Houthi tahan perisik AS-Israel
Abdel Hakim Al Khaiwani, memaklumkan rangkaian yang didakwa termasuk bekas kakitangan kedutaan AS di Yaman. - Foto REUTERS
SANAA: Pejuang Houthi dari Yaman mendakwa mereka berjaya menahan rangkaian perisikan Amerika Syarikat-Israel beberapa hari lalu.
Ia susulan pasukan pejuang disokong Iran itu menahan puluhan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dalam kenyataan di televisyen, Ketua Perisikan Houthi, Abdel Hakim Al Khaiwani, memaklumkan rangkaian yang didakwa termasuk bekas kakitangan kedutaan AS di Yaman dan pengumpulan maklumat berkaitan aspek keselamatan, ketenteraan, ekonomi dan politik negara itu.
"Rangkaian perisikan AS-Israel telah ditangkap.
"Rangkaian ini menjalankan pengintipan dan peranan subversif dalam institusi rasmi dan tidak rasmi selama beberapa dekad, bekerja untuk kepentingan musuh, melalui ahlinya yang dikaitkan secara langsung dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS, yang merekrut elemen utama rangkaian perisik, melatih mereka dalam perisikan dan memperlengkapkan mereka dengan teknologi, peranti dan peralatan khas yang membolehkan mereka menjalankan aktiviti pengintipan dan subversif di Republik Yaman dan memudahkan pemindahan maklumat kepada pegawai perisikan AS dan Israel secara rahsia," katanya.
Tiada sebarang kenyataan balas daripada pegawai kerajaan Israel dan PBB.
Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, agensi itu sedang berusaha untuk membebaskan 11 kakitangannya yang bekerja untuk lima agensi PBB berbeza dan Utusan PBB untuk Yaman.
Houthi, yang sealiran dengan Iran, telah menyerang kapal-kapal dengan kepentingan Israel di Laut Merah sebagai tindakan solidariti dengan rakyat Palestin.
Topic Berkaitan
#Houthi
#rangkaian perisikan
#PBB
#Abdel Hakim al Khaiwani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan