DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Jun 2024.
1. Majlis Keselamatan PBB lulus rancangan gencatan senjata Israel-Gaza oleh AS
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi mengenai cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk pelaksanaan gencatan senjata kekal dan pembebasan tebusan di Gaza pada Isnin.
2. Hamas alu-alukan resolusi gencatan senjata Majlis Keselamatan PBB
Pasukan pejuang Palestin, Hamas bersedia untuk melibatkan diri dengan perantara dalam rundingan tidak langsung untuk melaksanakan langkah-langkah yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
3. Laksana segera resolusi gencatan senjata penuh di Gaza
Malaysia menggesa resolusi gencatan senjata penuh di Gaza yang diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Isnin dilaksanakan sepenuhnya dengan segera.
4. SQ321: Bayaran balik penuh untuk semua penumpang, pampasan minimum AS$10,000
Singapore Airlines (SIA) akan memberikan bayaran balik penuh tambang kepada semua penumpang penerbangan SQ321, yang mengalami gelora udara ekstrem bulan lepas, termasuk kepada mereka yang tidak mengalami sebarang kecederaan.
5. Pesawat bawa Naib Presiden Malawi, Saulos Chilima hilang
Sebuah pesawat tentera yang membawa Naib Presiden Malawi dan sembilan yang lain dilaporkan hilang dan operasi pencarian sedang dijalankan, menurut pejabat Presiden negara itu.
6. Pejuang Houthi tahan perisik AS-Israel
Pejuang Houthi dari Yaman mendakwa mereka berjaya menahan rangkaian perisikan Amerika Syarikat-Israel beberapa hari lalu.
7. Empat pensyarah dari kolej AS cedera ditikam di China
Empat pensyarah jemputan dari sebuah kolej Amerika Syarikat (AS) cedera dalam serangan tikaman di sebuah taman awam di timur laut China pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
8. ASEAN berusaha tingkat tindak balas bencana
Jerayawara One ASEAN One Response (OAOR) yang dilancarkan di sini pada Isnin, memberi tumpuan kepada meningkatkan mekanisme tindak balas bencana bagi Laos dan komuniti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), lapor Xinhua .
9. Kerajaan Australia guna TikTok dalam kempen antimerokok, vape
Kerajaan Australia telah melancarkan kempen baharu yang menggalakkan orang ramai untuk berhenti merokok dan menghisap vape.
10. Hab Media Mekah dapat sambutan wartawan antarabangsa
Media Malaysia bersama delegasi media antarabangsa pada Isnin melawat Pusat Akhbar Maya yang ditubuhkan di Hab Media Haji oleh Kementerian Media Arab Saudi di Mekah.