awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
02/08/2024
15:57 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Ogos 2024.
1. Jasad Ismail Haniyeh dikebumi di tanah perkuburan Lusail
Qatar akan adakan upacara pengebumian hari ini untuk Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang terkorban dalam serangan di Tehran pada Rabu.
2. Turkiye sekat akses Instagram
Pihak Berkuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi Turkiye (TKM) pada Jumaat menyekat akses ke Instagram, lapor Agensi Anadolu (AA).
3. 11 maut dalam kebakaran bangunan di Filipina
Sekurang-kurangnya 11 orang maut dalam kebakaran yang berlaku awal pagi Jumaat di sebuah bangunan komersial dan kediaman lima tingkat di ibu negara Filipina, Manila.
4. 'Saya penembak semula jadi' - Atlet menembak Turkiye perjelas gaya santai
ATLET menembak Turkiye yang mencipta sensasi kerana berjaya memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Paris walaupun dengan gaya yang santai, membuka 'rahsia' di sebalik kemenangannya.
5. Tanah runtuh di India: Angka kematian melebihi 300, pencarian mangsa diteruskan
Operasi mencari mencari mangsa tanah runtuh yang berlaku pada Selasa diteruskan pada Jumaat di daerah Wayanad, Kerala, India apabila angka kematian akibat bencana itu melebihi 300 orang.
6. Korea Selatan sedia tawar bantuan banjir kepada Korea Utara
Korea Selatan bersedia membekalkan bantuan kepada Korea Utara bagi membaiki kerosakan disebabkan oleh hujan lebat baru-baru ini.
7. Rakyat AS ditahan di Rusia dibebas - Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan pembebasan wartawan Evan Gershkovich dan bekas anggota marin Paul Whelan oleh Rusia.
8. Lebih 1,700 sekolah ditutup akibat banjir di Myanmar
Lebih 1,700 sekolah di sembilan kawasan dan negeri di seluruh Myanmar terpaksa ditutup sementara akibat banjir buruk, kata Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negeri Myanmar.
9. 4 maut, 34 cedera dalam insiden letupan ketika protes di Nigeria
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 34 yang lain cedera selepas letupan menggegarkan lokasi protes kos sara hidup di negeri Borno, timur laut Nigeria, kata polis.
10. India digesa hentikan eksport senjata ke Israel
India perlu menghentikan eksport senjata ke Israel kerana perdagangan sedemikian melanggar undang-undang antarabangsa, kata aktivis terkenal dan kumpulan masyarakat sivil.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#antarabangsa
#Ismail Haniyeh
#Instagram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan