awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India digesa hentikan eksport senjata ke Israel

Bernama
Bernama
01/08/2024
23:10 MYT
India digesa hentikan eksport senjata ke Israel
ARUNDHATI ROY: Kami mahu eksport senjata India ke Israel dihentikan serta-merta.
NEW DELHI: India perlu menghentikan eksport senjata ke Israel kerana perdagangan sedemikian melanggar undang-undang antarabangsa, kata aktivis terkenal dan kumpulan masyarakat sivil pada Khamis.
Dalam sepucuk surat kepada Kementerian Pertahanan India, mereka mendakwa beberapa syarikat tempatan telah diberikan permit untuk mengeksport senjata, dron dan bahan letupan ke Israel.
"Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memutuskan dengan jelas bahawa Israel melanggar kewajiban di bawah Konvensyen Genosid dan bahawa Israel sedang menduduki wilayah Palestin secara haram.
"Berdasarkan keputusan ini, sebarang bekalan bahan ketenteraan kepada Israel akan dianggap sebagai pelanggaran kewajiban India di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa," kata surat bertarikh 30 Julai itu.
Penandatangan surat itu termasuk pengarang pemenang Anugerah Arundhati Roy, ahli ekonomi Jean Dreze, peguam terkemuka Prashant Bhushan serta ramai hakim dan birokrat yang telah bersara.
"Kami mahu eksport senjata India ke Israel dihentikan serta-merta," kata Roy pada sidang media yang diadakan oleh sekumpulan aktivis pada Khamis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Israel
#India
#eksport senjata
#aktivis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan