awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
24/02/2025
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Februari 2025.
1. Timor-Leste mungkin jadi anggota ke-11 ASEAN pada Oktober ini - Mohamad Hasan
Timor-Leste berkemungkinan besar menyertai ASEAN sebagai anggota tetap pada Sidang Kemuncak ke-47 ASEAN di Kuala Lumpur Oktober ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
2. Indonesia lancar dana kekayaan berdaulat bernilai AS$900 bilion
Presiden Indonesia Prabowo Subianto secara rasmi melancarkan dana kekayaan berdaulat, Daya Anagata Nusantara (Danantara) yang bertujuan mengurus aset milik kerajaan bernilai AS$900 bilion, bermula dengan modal permulaan sebanyak AS$20 bilion.
3. Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Sebuah penerbangan American Airlines yang dalam perjalanan dari New York ke Delhi terpaksa dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom pada petang Ahad.
4. CDU/CSU mendahului pilihan raya Jerman dengan 26.8 peratus undi, AfD di tempat kedua
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) mendahului pilihan raya Jerman dengan memperoleh 26.8 peratus undi.
5. 2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.
6. Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Industri penyiaran Pakistan terus berdepan cabaran getir, terutamanya penyebaran berita palsu, ucapan kebencian, maklumat salah dan maklumat palsu.
7. Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine, mencadangkan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.
8. Korea Selatan perkenal sistem 'e-Arrival Card' untuk pelancong asing
Pelancong asing yang memasuki Korea Selatan kini boleh mengisi kad ketibaan secara dalam talian sehingga tiga hari lebih awal bermula Isnin, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan kementerian kehakiman negara itu.
9. Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Presiden Republik Demokratik Congo, Felix Tshisekedi telah menolak dialog dengan pemberontak M23 dalam mesyuarat bersama pemimpin kerajaan gabungannya dan mengumumkan pembentukan kerajaan perpaduan nasional.
10. Cuaca sejuk landa lima negara Arab, Iraq tutup sekolah, tunda waktu bekerja
Oman, Qatar, Kuwait, Arab Saudi, Mesir dan Iraq mengalami cuaca sejuk dan tidak stabil, menurut kenyataan berasingan daripada jabatan meteorologi masing-masing.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#antarabangsa
#ASEAN
#berita global
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan