[TERKINI] Senarai Lengkap Kabinet Baharu MADANI – Siapa Pegang Portfolio Utama?
DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 09/04/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 April 2025.


1. Tarif AS ke atas China meningkat kepada 104 peratus hari ini - White House

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenakan tarif mengejut sebanyak 104 peratus ke atas semua barangan import dari China berkuat kuasa hari ini (Rabu), umum Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt.



2. Trump rancang kenakan denda AS$998 sehari ke atas pendatang tanpa izin ke Amerika

Pentadbiran Donald Trump merancang untuk mengenakan denda yang tinggi terhadap migran yang enggan meninggalkan Amerika Syarikat (AS) selepas diarahkan keluar.


3. Gaza ‘medan pembunuhan’ - Ketua PBB

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres telah mengeluarkan puluhan kenyataan mengenai situasi di Gaza dalam tempoh 15 hingga 18 bulan lalu.


4. Saham AS jatuh susulan pengesahan Rumah Putih berhubung tarif 104 peratus ke atas China

Saham di Amerika Syarikat (AS) ditutup rendah pada Selasa susulan ketegangan perdagangan yang semakin memuncak selepas Rumah Putih mengesahkan tarif ke atas barangan China akan meningkat lebih dua kali ganda.


5. Tarif Trump: Industri farmaseutikal dinyahsenarai, ubat-ubatan bakal dikenakan tarif

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan mengenakan tarif kepada produk farmaseutikal, sekali gus mengeluarkannya daripada senarai pengecualian sektor yang diumumkan beliau pada Rabu minggu lalu.


6. Trump ugut TSMC, kenakan cukai 100 peratus andai tidak bina kilang di Amerika

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran kepada syarikat Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) akan dikenakan cukai setinggi 100 peratus sekiranya gagal membina kilang pengeluaran di negara yang ditadbirnya.


7. Indonesia tawar perlindungan sementara buat mangsa perang Gaza - Presiden Prabowo

Indonesia bersedia memberikan perlindungan sementara kepada rakyat Palestin yang terkesan akibat perang di Gaza, kata Prabowo Subianto.


8. Enam termasuk tiga wartawan terkorban pada minggu pertama April - OCHA

Tiga pekerja bantuan dan tiga wartawan terbunuh dalam serangan Israel pada minggu pertama April.


9. Tebing Barat tidak boleh jadi Gaza kedua - Setiausaha Agung PBB

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres telah menyatakan kebimbangan yang mendalam mengenai keganasan baharu di Semenanjung Gaza dan memberi amaran tentang peningkatan selanjutnya di Timur Tengah, terutamanya di Tebing Barat yang diduduki.


10. Bekas Setiausaha Perbendaharaan AS ramal kemelesetan, 2 juta pekerja mungkin dipecat

Bekas Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Lawrence Summers meramalkan negara itu berdepan kemelesetan ekonomi, dengan kemungkinan dua juta rakyat Amerika kehilangan pekerjaan susulan kenaikan tarif yang sedang dilaksanakan.



#berita pilihan #antarabangsa #Amerika Syarikat #tarif #Donald Trump #Gaza