awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif Trump: Industri farmaseutikal dinyahsenarai, ubat-ubatan bakal dikenakan tarif

Agensi
Agensi
09/04/2025
01:20 MYT
Tarif Trump: Industri farmaseutikal dinyahsenarai, ubat-ubatan bakal dikenakan tarif
Kerajaan Amerika Syarikat akan mengenakan tarif kepada produk farmaseutikal, sekali gus mengeluarkannya daripada senarai pengecualian sektor yang diumumkan beliau pada Rabu minggu lalu. - Gambar hiasan
WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan mengenakan tarif kepada produk farmaseutikal, sekali gus mengeluarkannya daripada senarai pengecualian sektor yang diumumkan beliau pada Rabu minggu lalu.
Presidennya, Donald Trump menjelaskan, tindakan itu perlu diambil susulan beberapa negara bertindak mengawal harga ubat-ubatan.
“Kami (AS) akan mengenakan tarif kepada farmaseutikal dan apabila kami laksanakannya, mereka (pemain industri) akan tergesa-gesa kembali ke negara ini kerana kami (AS) adalah pasaran yang besar,” katanya seperti dilaporkan Reuters.
“Mereka (pemain industri) akan meninggalkan China, meninggalkan negara-negara lain,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam sebuah majlis bersama Jawatankuasa Kongres Republikan Kebangsaan, di sini, pada Selasa petang.
Kesatuan Industri Pengeluar Farmaseutikal Eropah (EFPIA)pada Isnin lalu melahirkan rasa amat bimbang berkenaan impak meluas tarif yang dilaksanakan AS lantaran ia akan menjejaskan rantaian bekalan dan kesediaan ubat-ubatan dalam pasaran.
Eropah dan AS mempunyai rantaian bekalan yang saling berkaitan untuk ubat-ubatan. AS bergantung kepada ubat-ubatan yang sebahagiannya dihasilkan di Eropah yang mendatangkan pendapatan ratusan bilion dolar.
Eksport produk perubatan dan farmaseutikal EU ke AS berjumlah kira-kira 90 AS$97.05 bilion pada 2023, menurut data Eurostat terkini.
AS pula ialah pasaran farmaseutikal terbesar mengikut jualan untuk syarikat farmasi besar, yang beribu pejabat di AS dan Eropah.
Jualan di Amerika Utara menyumbang hampir 50 peratus daripada jualan farmaseutikal dunia pada 2021, berbanding hampir 25 peratus untuk Eropah, menurut EFPIA.
Topic Berkaitan
#tarif Trump
#industri farmaseutikal
#harga ubat
#tarif ubat
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan