INTERNATIONAL
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 April 2025.
1. Taman mini di Shizuoka diiktiraf taman terkecil di dunia
Sebuah "taman mini" di Shizuoka, Jepun diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai taman terkecil di dunia, dengan keluasan hanya 0.24 meter persegi, cukup untuk memuatkan seorang duduk di atas bangku kayu di atas batu.
2. Presiden Iran tawar bantuan reda ketegangan India, Pakistan susulan serangan di Kashmir
Presiden Iran Masoud Pezeshkian pada Sabtu menggesa perluasan kerjasama serantau dalam memerangi keganasan semasa perbualan telefon dengan Perdana Menteri Pakistan dan Perdana Menteri India.
3. Pakistan tiada niat mulakan konflik dengan India tanpa provokasi - Menteri Pertahanan
Tentera Pakistan tidak merancang untuk memulakan konflik bersenjata dengan India melainkan negara itu mencetuskan peningkatan ketegangan, kata Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Muhammad Asif kepada RIA Novosti.
4. Pusingan keempat rundingan nuklear AS-Iran akan diadakan di Eropah pada 3 Mei
Rundingan nuklear pusingan keempat antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dijadual berlangsung pada 3 Mei di Eropah, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Axios pada Sabtu.
5. Trump tuntut laluan percuma untuk kapal AS belayar di Terusan Panama, Suez
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Sabtu menegaskan, kapal-kapal AS sepatutnya dibenarkan melalui Terusan Panama dan Suez tanpa dikenakan sebarang bayaran, dengan mendakwa kedua-dua laluan strategik itu wujud hasil usaha AS.
6. Perbincangan Iran, AS lebih serius dan terperinci - Araqchi
Pusingan ketiga rundingan tidak langsung antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) di Oman berakhir dengan tumpuan kepada program nuklear Iran dan isu penghapusan sekatan, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
7. Hussein Al-Sheikh dilantik Timbalan Pengerusi PLO, Naib Presiden Palestin
Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), secara rasmi meluluskan pelantikan Hussein Al-Sheikh sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif dan Naib Presiden Palestin.
8. Hotel di Jepun minta pelancong Israel tandatangan pengakuan tidak terlibat jenayah perang
Sebuah hotel di Kyoto, Jepun meminta pelancong Israel menandatangani pengisytiharan yang mengesahkan dia tidak terlibat dalam jenayah perang semasa perkhidmatan tenteranya sebelum dibenarkan mendaftar masuk.
9. Angka korban meningkat kepada 14, 750 cedera dalam letupan di pelabuhan Iran
Angka korban akibat letupan di Pelabuhan Shahid Rajaee di selatan Iran meningkat kepada 14 orang, manakala sekurang-kurangnya 750 lagi cedera, menurut pihak berkuasa pada Ahad.
10. Hamas sedia terima gencatan senjata lima tahun, bebas semua tebusan sekali gus
Hamas bersedia mencapai persetujuan untuk menamatkan perang di Gaza yang melibatkan pembebasan semua tebusan serta jaminan gencatan senjata selama lima tahun, kata seorang pegawai kumpulan itu pada Sabtu ketika rundingan dengan perantara diteruskan.