awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taman mini di Shizuoka diiktiraf taman terkecil di dunia

Bernama
Bernama
27/04/2025
05:15 MYT
Taman mini di Shizuoka diiktiraf taman terkecil di dunia
Taman itu digelar sebagai "taman terkecil di dunia" oleh penduduk tempatan dan berfungsi sebagai tempat berehat selama lebih 30 tahun. - Gambar/ Guinness World Record
SHIZUOKA : Sebuah "taman mini" di Shizuoka, Jepun diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai taman terkecil di dunia, dengan keluasan hanya 0.24 meter persegi, cukup untuk memuatkan seorang duduk di atas bangku kayu di atas batu.
Menurut agensi berita Kyodo, taman itu terletak di sudut kawasan perumahan di bandar Nagaizumi dan terdiri daripada susunan batu bata kecil yang ditinggikan, beberapa pokok renek berhampiran bangku serta dua monumen batu, termasuk satu yang memaparkan bunga simbolik bandar itu.
Taman itu digelar sebagai "taman terkecil di dunia" oleh penduduk tempatan dan berfungsi sebagai tempat berehat selama lebih 30 tahun.
Ia secara rasmi diiktiraf oleh Guinness pada Disember tahun lalu.
Terletak kira-kira 300 meter dari dewan bandar, taman berkenaan dibina pada 1988 menggunakan tanah lebihan daripada projek pembinaan jalan.
Idea pembinaannya dicetuskan oleh seorang bekas pegawai bandar yang mendapat inspirasi daripada "Mill Ends Park di Oregon", pemegang rekod sebelumnya dengan keluasan 0.29 meter persegi.
Dengan sokongan penduduk, bandar Nagaizumi melancarkan usaha untuk mendapatkan pengiktirafan "Guinness World Records" pada 2023.
Mereka berjaya mengumpulkan kira-kira 2.5 juta yen (US$18,000) melalui bajet bandar, kutipan dalam talian, serta sumbangan sektor swasta untuk menampung kos berkaitan.
Pihak bandar mengupah juruukur untuk mengesahkan ukuran tanah dan mengemukakan sijil membuktikan taman itu telah wujud lebih lima tahun.
Sejak menerima pengiktirafan Guinness, taman itu menjadi tarikan pelancong dan menarik pengunjung dari luar Shizuoka.
"Kami berharap taman ini menjadi peluang untuk mempromosikan bandar kami," kata Shuji Koyama dari bahagian pengurusan pembinaan bandar itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shizuoka
#taman mini
#taman terkecil di dunia
#Guinness World Records
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan