DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 01/05/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Mei 2025.


1. Palestin rekod 507,000 penganggur, kerugian kewangan bulanan pekerja cecah AS$371.2 juta

Kadar pengangguran melonjak ketara dalam kalangan masyarakat Palestin, dengan jumlah penganggur mencecah 507,000 orang.



2. Masjidilharam sambut kumpulan jemaah haji pertama

Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidilharam dan Masjid Nabawi pada Rabu menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji di Masjidil Haram.


3. FYP ke-15 perlu digariskan secara saintifik - Xi

Presiden China Xi Jinping menegaskan bahawa Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 bagi tempoh 2026 hingga 2030 perlu digariskan secara saintifik.


4. 18 ditahan disyaki terlibat rancang kebakaran hutan Israel

Pihak berkuasa percaya kebakaran dimulakan secara sengaja dan terancang, dengan lebih 20 lokasi kebakaran dikenal pasti.


5. Pemangku Presiden Korea Selatan Han letak jawatan, isytihar niat bertanding Pilihan Raya Presiden

Han Duck-soo mengumumkan keputusannya dalam satu ucapan kepada rakyat, sekali gus menamatkan spekulasi selama beberapa minggu.


6. Thailand kesan laman web TDAC palsu tipu pelancong asing

Laman web palsu ini dipercayai untuk menipu pelancong asing dengan mengenakan bayaran bagi perkhidmatan yang sepatutnya percuma di platform rasmi TDAC.


7. 92 peratus bayi di Gaza kekurangan akses pemakanan asas - PBB

Krisis yang semakin meruncing ini disebabkan oleh sekatan berterusan Israel dan penutupan lintasan sempadan.


8. Israel mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan terbesar

Kementerian Luar Israel dilapor telah menghubungi beberapa negara jiran seperti Greece, Cyprus, Croatia, Itali, dan Bulgaria untuk mendapatkan bantuan.


9. Darurat diisytihar di beberapa bahagian di New Zealand akibat cuaca buruk

Menteri Pengurusan Kecemasan dan Pemulihan, Mark Mitchell mengumumkan bahawa bandar Christchurch diisytihar darurat pada sidang media petang Khamis.


10. PRU2025 Singapura: Kempen tamat tengah malam, tempoh bertenang bermula

Tempoh bertenang memberi ruang dan masa kepada pengundi untuk menilai secara rasional isu-isu yang dibangkitkan sepanjang kempen.



#berita pilihan #antarabangsa #cuaca buruk #Israel