awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand kesan laman web TDAC palsu tipu pelancong asing

Astro Awani
Astro Awani
01/05/2025
10:40 MYT
Thailand kesan laman web TDAC palsu tipu pelancong asing
Sistem TDAC, yang menggantikan kad ketibaan kertas tradisional, dilancarkan pada 1 Mei 2025 dan diwajibkan kepada semua warga asing yang memasuki Thailand. -Gambar fail/Unsplash
BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand berjaya mengesan sebuah laman web palsu mirip portal rasmi Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC), lapor Bangkok Post.

Ringkasan AI
  • Pihak berkuasa Thailand berjaya mengesan laman web palsu mirip portal rasmi Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC) yang menipu pelancong asing dengan mengenakan bayaran bagi perkhidmatan percuma.
  • Sistem TDAC, yang menggantikan kad ketibaan kertas tradisional, dilancarkan pada 1 Mei 2025 dan diwajibkan kepada semua warga asing yang memasuki Thailand.
  • Pihak berkuasa mengingatkan orang ramai untuk memeriksa URL laman web rasmi yang diakhiri dengan domain ".go.th" dan melaporkan sebarang aktiviti penipuan kepada pihak berkuasa.

Laman web palsu ini dipercayai untuk menipu pelancong asing dengan mengenakan bayaran bagi perkhidmatan yang sepatutnya percuma di platform rasmi TDAC.
Sistem TDAC, yang menggantikan kad ketibaan kertas tradisional, dilancarkan mulai 1 Mei 2025 dan diwajibkan kepada semua warga asing yang memasuki Thailand melalui darat, laut, atau udara.
Kewujudan laman web palsu ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan data peribadi pengguna, termasuk nombor pasport dan butiran kad kredit.
Menurut pihak berkuasa, laman web itu menggunakan reka bentuk, logo, dan nama domain yang hampir menyerupai portal rasmi untuk mengelirukan pengguna.
“Kami ingin menegaskan bahawa tiada sebarang caj dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan TDAC rasmi,” kata seorang jurucakap Imigresen Thailand dalam satu kenyataan.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya memeriksa URL laman web rasmi, yang diakhiri dengan domain ".go.th".
Untuk pelancong yang menghadapi kesulitan mengakses sistem TDAC, pihak Imigresen Thailand turut menyediakan borang imigresen kertas sebagai langkah sementara, selain kemudahan terminal komputer di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.
Pelancong juga dinasihatkan agar tidak mengklik pautan mencurigakan dan melaporkan sebarang aktiviti penipuan kepada pihak berkuasa.
Topic Berkaitan
#TDAC
#Thailand
#Laman web palsu
#kad ketibaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan