[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 02/05/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Mei 2025.
1. Lebih 1.4 juta rakyat Syria pulang ke tanah air sejak kejatuhan Assad - PBB
Lebih 1.4 juta rakyat Syria telah pulang ke negara mereka sejak kejatuhan rejim Bashar al-Assad pada Disember lalu, menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) pada Khamis
2. Wartawan Indonesia berdepan gaji rendah, ketidakpastian kerja
Wartawan di Indonesia terus berdepan dengan isu gaji rendah, pekerjaan tidak tetap dan peningkatan kehilangan kerja, menurut satu tinjauan baharu sempena Hari Pekerja Antarabangsa.
3. Trump pecat Penasihat Keselamatan Negara, Mike Waltz, lantik Marco Rubio sebagai pengganti
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memecat Penasihat Keselamatan Negara, Mike Waltz, pada Khamis (1 Mei) dan melantik Setiausaha Negara, Marco Rubio, sebagai pengganti sementara.
4. Lebih 2,000 hektar musnah akibat kebakaran hutan di Israel
Kebakaran hutan besar telah memusnahkan lebih 2,000 hektar tanah di Israel, memaksa pemandu meninggalkan kenderaan mereka ketika api merebak ke kawasan jalan raya utama.
5. Ribuan berhimpun protes Hari Pekerja menentang Trump, Musk
Ribuan rakyat Amerika Syarikat (AS) turun ke jalan raya dalam protes besar-besaran sempena Hari Pekerja, menyuarakan bantahan terhadap dasar Presiden Donald Trump dan jutawan Elon Musk.
6. WHO sokong penggunaan ubat bantu turunkan berat badan, timbulkan isu kos
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bakal menyokong penggunaan ubat penurunan berat badan untuk merawat obesiti dalam kalangan orang dewasa buat pertama kali, menurut satu memo yang dikaji oleh Reuters.
7. Kapal Freedom Flotilla diserang dron, 30 aktivis dalam bahaya
Sebuah kapal misi kemanusiaan, Freedom Flotilla, dilaporkan diserang oleh dron pada jam 12.23 tengah malam waktu tempatan Malta ketika berada di perairan antarabangsa berhampiran negara itu.
8. Han Duck Soo sahkan bertanding jawatan presiden Korea Selatan
Han Duck Soo mengumumkan pencalonannya untuk jawatan presiden Korea Selatan, berjanji hanya akan berkhidmat selama tiga tahun untuk melaksanakan pembaharuan Perlembagaan dan menangani krisis perdagangan negara.
9. Suspek dakwa 'bosan' sebelum rempuh tujuh murid sekolah
Seorang lelaki ditahan selepas didakwa merempuh tujuh murid sekolah rendah dengan keretanya dalam kejadian berhampiran Sekolah Rendah Senbon, di sini, pada Khamis.
10. Ketua WHO beri amaran situasi malapetaka di Gaza, 2 juta penduduk hadapi kebuluran
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, menyatakan bahawa keadaan di Gaza adalah malapetaka, dengan dua juta penduduk sedang berdepan kebuluran.
#berita pilihan #antarabangsa #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #UNHCR