awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump pecat Penasihat Keselamatan Negara, Mike Waltz, lantik Marco Rubio sebagai pengganti

Agensi
Agensi
01/05/2025
23:10 MYT
Trump pecat Penasihat Keselamatan Negara, Mike Waltz, lantik Marco Rubio sebagai pengganti
Mike Waltz yang dipecat daripada jawatannya sebagai Penasihat Keselamatan oleh Presiden AS, Donald Trump akan dicalonkan sebagai Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memecat Penasihat Keselamatan Negara, Mike Waltz, pada Khamis (1 Mei) dan melantik Setiausaha Negara, Marco Rubio, sebagai pengganti sementara.
Pemecatan itu sekali gus menjadi rombakan besar pertama dalam barisan dalaman Trump sejak beliau kembali ke White House pada Januari lalu.
Dalam satu hantaran di media sosial, Trump turut memaklumkan, beliau akan mencalonkan Waltz sebagai Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sambil memuji usaha Waltz yang menurutnya "telah bekerja keras demi kepentingan negara."
Sumber yang rapat dengan pentadbiran berkata keputusan untuk menggugurkan Waltz telah dibuat lebih awal pada hari yang sama.
Pelantikan Rubio sebagai pengganti sementara Waltz menjadikannya individu pertama sejak era Henry Kissinger pada 1970-an yang memegang kedua-dua jawatan - Setiausaha Negara dan Penasihat Keselamatan Negara secara serentak.
Timbalan Waltz, Alex Wong, yang merupakan pakar hal ehwal Asia dan pernah berkhidmat di Jabatan Negara dengan tumpuan terhadap Korea Utara semasa penggal pertama Trump, turut meletakkan jawatan, menurut dua sumber kepada Reuters.
Waltz, 51, bekas ahli kongres Republikan dari Florida menerima kritikan dalam kalangan pegawai White House susulan penglibatannya dalam skandal perbualan rahsia di aplikasi Signal bersama beberapa penasihat keselamatan tertinggi Trump pada bulan Mac lalu.
Jawatan Penasihat Keselamatan Negara merupakan peranan berpengaruh dalam pentadbiran Presiden dan tidak memerlukan pengesahan Senat. - Agensi
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#penasihat keselamatan negara
#Mike Waltz
#Marco Rubio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan