awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal Freedom Flotilla diserang dron, 30 aktivis dalam bahaya

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
02/05/2025
03:50 MYT
Kapal Freedom Flotilla diserang dron, 30 aktivis dalam bahaya
Tiada pihak setakat ini tampil mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut. - Foto FFC
SEBUAH kapal misi kemanusiaan, Freedom Flotilla, dilaporkan diserang oleh dron pada jam 12.23 tengah malam waktu tempatan Malta ketika berada di perairan antarabangsa berhampiran negara itu.
Menurut kenyataan yang dikongsi di Telegram Freedom Flotilla Coalition (FFC), serangan tersebut menyasarkan bahagian hadapan kapal sebanyak dua kali, menyebabkan kebakaran dan kerosakan serius pada badan kapal.
Menurut kenyataan daripada pasukan misi, serangan itu turut memusnahkan penjana elektrik kapal, yang kini berdepan risiko untuk karam.
“Terdapat seramai 30 aktivis hak asasi manusia antarabangsa berada di atas kapal tersebut ketika kejadian berlaku.
“Satu isyarat kecemasan SOS telah dihantar segera selepas serangan,” katanya.
Kapal Freedom Flotilla diserang dron, 30 aktivis dalam bahaya
Setakat ini, hanya Cyprus yang memberi maklum balas dengan menghantar sebuah kapal ke lokasi kejadian.
Namun, bantuan yang diterima tidak mencukupi kerana kapal bantuan tersebut tidak dapat menyediakan sokongan elektrik kritikal yang diperlukan bagi menstabilkan kapal.
Tiada pihak setakat ini tampil mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.
At 00:23 Maltese time, the Freedom Flotilla vessel was subjected to a drone attack. The front of the vessel was targeted twice, resulting in a fire and a breach in the hull. The ship is currently located in international waters near Malta. An SOS distress signal was sent out, to pic.twitter.com/1Fc2wQhlFv
— Nicole Jenes (@NicoleJenes1) May 2, 2025
Misi Freedom Flotilla sebelum ini dikenali sebagai inisiatif kemanusiaan yang membawa bantuan kepada kawasan bergolak, termasuk Palestin.
Justeru, pihak berkuasa antarabangsa digesa untuk segera campur tangan bagi memastikan keselamatan para aktivis dan meneliti insiden yang disifatkan sebagai serangan kejam terhadap misi kemanusiaan di perairan antarabangsa.
Topic Berkaitan
#Freedom Flotilla
#serangan dron
#misi kemanusiaan
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami