DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Jun 2025.
1. Tindakan tegas visa AS jejaskan hampir separuh pelajar China
Dasar pentadbiran Trump untuk membatalkan visa pelajar China dalam bidang STEM yang dianggap sensitif mengancam masa depan akademik sekurang-kurangnya 112,049 individu - kira-kira 40.4 peratus daripada keseluruhan pelajar China di Amerika Syarikat (AS), menurut analisis RIA Novosti berdasarkan data Open Doors oleh Institut Pendidikan Antarabangsa (IIE).
2. Putin akan membalas serangan dron Ukraine - Trump
residen Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memberi amaran bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin, akan bertindak balas terhadap serangan dron besar-besaran Ukraine ke atas pangkalan udara Rusia pada Ahad.
3. Pihak berkuasa Cologne musnahkan bom Perang Dunia II, 20,000 dipindahkan
Operasi pemusnahan tiga bom Perang Dunia Kedua berjaya dilaksanakan di Cologne pada Rabu, selepas lebih 20,000 penduduk dipindahkan dari kawasan berisiko tinggi.
4. Pelajar universiti di Cuba boikot kenaikan harga data internet
Pelajar universiti di Cuba menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kenaikan harga data internet dengan menggesa boikot kelas sebagai tanda protes.
5. Apple gagal hentikan perintah reformasi App Store dalam kes Epic Games
Apple telah gagal dalam usaha untuk menghentikan perintah mahkamah yang mengarahkan syarikat itu membuka App Store kepada lebih banyak persaingan, menurut keputusan Mahkamah Rayuan AS pada Rabu.
6. Palestin, Hamas kecam veto AS terhadap resolusi PBB mengenai Gaza
Palestin dan kumpulan Hamas pada Rabu mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) memveto draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menggesa gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza.
7. Pakistan kecam keganasan Israel yang kian memuncak terhadap rakyat Palestin
Pakistan mengecam peningkatan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin dan tindakan provokatif kumpulan ekstremis Yahudi menyerbu Masjid Al Aqsa, menyifatkan perbuatan itu sebagai pencabulan serius terhadap kesucian agama dan undang-undang antarabangsa.
8. Presiden Korea Selatan Lee pengerusikan mesyuarat kabinet pertama
Presiden baharu Korea Selatan, Lee Jae Myung dijadual mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertamanya pada Khamis, selepas secara rasmi memulakan tugas awal minggu ini.
9. Indonesia bakal labur AS$240 bilion untuk tingkatkan mutu sektor kesihatan negara
Indonesia menjangkakan jumlah perbelanjaan penjagaan kesihatan mencecah AS$240 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan hampir satu pertiga daripada jumlah itu dikhaskan untuk peralatan perubatan dan pembangunan teknologi kesihatan.
10. China kecam veto AS ke atas draf resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenai Gaza
Seorang utusan China pada Rabu mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto ke atas draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menggesa gencatan senjata segera di Gaza dan penamatan sekatan bantuan kemanusiaan.