awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar universiti di Cuba boikot kenaikan harga data internet

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2025
01:20 MYT
Pelajar universiti di Cuba boikot kenaikan harga data internet
Beberapa pelajar di luar universiti mengesahkan bahawa boikot kelas telah disarankan di beberapa jabatan. - Foto REUTERS
HAVANA: Pelajar universiti di Cuba menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kenaikan harga data internet dengan menggesa boikot kelas sebagai tanda protes.
Salah seorang pelajar di Universiti Havana, Haydee Fernandez berkata, mereka menyeru pelajar lain meneruskan mogok serta bersolidariti, serta menegaskan bahawa Persekutuan Pelajar Universiti (FEU) adalah suara revolusioner sejak awal.
"Perlu untuk mengadakan mogok. Para pelajar mesti bersatu kerana Persekutuan Pelajar Universiti (FEU) adalah organisasi pelajar. Oleh itu, ia telah bersifat revolusioner sejak dari awal. Kita mesti menghentikannya.
"Mereka tidak mengambil kira pandangan pelajar, jadi kita mesti menghentikan sesi pembelajaran kerana saya tidak boleh belajar jika tidak mempunyai maklumat.
"Pada masa kini, saya tidak dapat belajar. Oleh itu, mengapa saya harus meneruskannya? Kita mesti menghentikannya, kita mesti membincangkannya, kita mesti berdialog dan jika kita perlu menghentikan universiti, menghentikan pengajaran, menghentikan apa sahaja yang diperlukan, kita akan menghentikan kelas," katanya.
Dalam protes tersebut, pelajar dari sekurang-kurangnya satu jabatan di Universiti Havana mendesak rakan-rakan mereka agar tidak menghadiri kelas sebagai bantahan terhadap kenaikan harga yang mendapat kritikan meluas di seluruh negara Caribbean itu.
Dalam pada itu, beberapa pelajar di luar universiti mengesahkan bahawa boikot kelas telah disarankan di beberapa jabatan.
Mereka memaklumkan keadaan di kampus masih tegang dan isu tersebut belum diselesaikan, meskipun syarikat telekomunikasi milik kerajaan, Etecsa, telah mengumumkan konsesi pada Isnin yang menawarkan diskaun lebih besar terhadap pelan data bagi pelajar universiti.
Sementara itu, protes terhadap kenaikan kadar ini mencerminkan cabaran yang dihadapi pelajar dalam mendapatkan akses internet yang lebih berpatutan, yang dianggap penting untuk pendidikan dan komunikasi mereka.
Topic Berkaitan
#pelajar Cuba
#Haydee Fernandez
#Persekutuan Pelajar Universiti FEU
#Universiti Havana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami