awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Korea Selatan Lee pengerusikan mesyuarat kabinet pertama

Bernama
Bernama
05/06/2025
02:40 MYT
Presiden Korea Selatan Lee pengerusikan mesyuarat kabinet pertama
Lee dijangka menekankan keperluan kesinambungan dalam pentadbiran negara serta kepentingan menegakkan disiplin dalam perkhidmatan awam. - Foto AP
SEOUL: Presiden baharu Korea Selatan, Lee Jae Myung dijadual mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertamanya pada Khamis, selepas secara rasmi memulakan tugas awal minggu ini, lapor agensi berita Yonhap.
Menurut Pejabat Presiden, Lee dijangka menekankan keperluan kesinambungan dalam pentadbiran negara serta kepentingan menegakkan disiplin dalam perkhidmatan awam semasa mesyuarat yang turut disertai ahli Kabinet pentadbiran terdahulu di bawah Yoon Suk Yeol.
Pada Rabu, Lee menolak tawaran peletakan jawatan ahli Kabinet, kecuali Menteri Perundangan Park Sung Jae, sebagai langkah memastikan kestabilan dan kesinambungan tadbir urus.
Mesyuarat Kabinet memerlukan 21 anggota, yang dijangka akan terus memegang jawatan masing-masing sehingga Lee melantik Kabinet baharu -- satu proses yang mungkin mengambil masa beberapa minggu kerana memerlukan perbicaraan pengesahan Parlimen.
Secara berasingan, Lee juga akan mempengerusikan mesyuarat bagi menilai sistem keselamatan negara.
Lee memulakan pentadbiran pada Rabu tanpa tempoh peralihan, selepas pilihan raya presiden awal pada 3 Jun diadakan bagi menggantikan Yoon yang disingkirkan daripada jawatan susulan kegagalan percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Jae Myung
#mesyuarat Kabinet
#Park Sung Jae
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami